10 Gempa Bumi Paling Dasyat Di Dunia

Bencana alam memang sememangnya tidak boleh dijangka bila dan dimana akan terjadi. Semua orang tahu bencana alam yang biasa kita dengar adalah seperti ribut taufan, banji, gempa bumi, gunung berapi dan tsunami. Bencana alam boleh menghacurkan segalanya di satu kawasan dalam masa yang singkat.

Dalam artikel kakinetwork.com hari ini ingin menceritakan tentang kisah 10 gempa bumi yang paling dasyat di dunia. Gempa bumi, adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas.

Gempa bumi diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil Skala Richter. Gempa bumi ini boleh digredkan satu hingga sembilan berdasarkan saiznya berdasarkan skala Richter. Gempa bumi juga boleh diukur dengan menggunakan ukuran Skala Mercalli. Gegaran sering berlaku tetapi tidak semua di antara gegaran itu kuat untuk membolehkan kita merasainya.

1. Gempa Valdivia, Chili (9,5 SR), Gempa yang terjadi pada tahun 1960 ini diketahui mengorbankan sekitar 1,665 nyawa dan ribuan orang cedera.

10 Gempa Bumi Paling Dasyat Di Dunia

2. Gempa Prince William, Alaska (9,2 SR), Gempa ini terjadi pada tahun 1964 dan ia berlangsung selama 3 minit turut mengorbankan seramai 128 nyawa.

10 Gempa Bumi Paling Dasyat Di Dunia

3. Gempa Lepas Pantai, Aceh, Indonesia (9,1 SR), Gempa yang mengorbankan sekitar 227,000 nyawa, dan seramai 1.7 juta orang kehilangan tempat tinggal. Peristiwa ini terjadi pada tahun 2004.

10 Gempa Bumi Paling Dasyat Di Dunia

4. Gempa Semenanjung Kamchatka, Rusia (9,0 SR), Gempa yang terjadi pada tahun 1952 telah terciptakan tsunami setinggi 13 meter.

10 Gempa Bumi Paling Dasyat Di Dunia

5. Gempa Pantai Timur Pulau Honshu, Jepun (9,0 SR), Gempa ini terjadi pada tahun 2011 dan berlangsung selama 6 minit. Tsunami terbentuk akibat dari gempa ini dan membanjiri kawasan Fukushima serta merosakkan reaktor nuklir disana.

10 Gempa Bumi Paling Dasyat Di Dunia

6. Gempa Lepas Pantai Maule, Chili (8,8 SR), Gempa yang menyebabkan lebih dari 200 ribu orang meninggal dunia dan melibatkan 800 ribu orang terpaksa berpindah.

10 Gempa Bumi Paling Dasyat Di Dunia

7. Pada tahun 1906 telah terjadi gempa di lepas pantai Ekuador dan Kolombia lantas ia telah menciptakan tsunami. Bencana ini telah mengorbankan seramai 1,500 nyawa dan tsunami yang terjadi sampai ke San Fransisco dan Jepun.

10 Gempa Bumi Paling Dasyat Di Dunia

8. Gempa Pulau Tikus, Alaska (8,7 SR), Gempa yang terjadi pada tahun 1965 juga turut menyebabkan terciptanyaa tsunami setinggi sekitar 10 meter dan tempiasnya terkena ke Jepun.

10 Gempa Bumi Paling Dasyat Di Dunia

9. Gempa Sumatera Utara, Indonesia (8,6 SR), gempa ini adalah gempa susulan yang pernah terjadi pada tahun 2004 silam yang mana terjadi setahun selepas itu sekitar tahun 2005. Seramai 1,300 nyawa terkorban dalam tragedi ini.

10 Gempa Bumi Paling Dasyat Di Dunia

10. Gempa Assam, Tibet (8,6 SR), Gempa yang terjadi pada tahun 1950 telah mengorbankan seramai 1,500 nyawa. Kesan dari gempa ini turut terasa sehingga ke Yunnan (China), Calcutta, dan India. Menurut laporan, banyak daerah yang bergeser dan sungai pun boleh berhenti mengalir lantas akhirnya banjir yang besar terjadi dan menghancurkan penempatan.

10 Gempa Bumi Paling Dasyat Di Dunia

Gempa bumi berlaku setiap hari di bumi, namun kebanyakannya adalah kecil dan tidak menyebabkan apa-apa kerosakan. Gempa bumi kecil juga akan mengiringi gempa bumi besar, dan boleh berlaku sama ada sebelum atau selepas gempa bumi besar tersebut. Ia dipanggil gempa susulan.

Ahli seismologi mengkaji bahagian gempa bumi seperti geseran pada garisan memanjang yang mengakibatkan gempa bumi, apa-apa yang berlaku pada permukaan bumi, cara tenaga bergerak dari dalam bumi ke permukaan bumi dan cara tenaga ini menyebabkan kemusnahan.

Dengan mengkaji bahagian dan proses pembentukan gempa bumi, ahli seismologi mengetahui kesan dan cara meramal kemunculan agar kemusnahannya tidak begitu ketara.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.