2 Budak Menumpang Bawah Bas Sejauh 90 Kilometer

Dua orang kanak-kanak nekad menyorok di bawah sebuah bas dan ‘menumpang’ kenderaan itu sejauh 90 kilometer semata-mata untuk berjumpa dengan ibu bapa mereka.

Menurut laporan Shanghaiist, kanak-kanak berusia lapan dan sembilan tahun itu ditinggalkan ibu bapa mereka di rumah terpencil di sebuah kampung di barat Guanxi untuk pergi ke bandar mencari kerja. Khamis lalu, kedua-dua kanak-kanak terbabit ponteng sekolah dan pergi ke stesen bas dan bersembunyi di bawah sebuah bas.

2 Budak Menumpang Bawah Bas Sejauh 90 Kilometer 2 Budak Menumpang Bawah Bas Sejauh 90 Kilometer

Selepas menempuh perjalanan sejauh 90 kilometer selama tiga jam, bas itu berhenti di sebuah stesen dan pihak sekuriti menemui kedua-dua mangsa yang sedang bersembunyi. Mereka diselaputi lumpur namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

2 Budak Menumpang Bawah Bas Sejauh 90 Kilometer

Kata mangsa, ibu bapa mereka bekerja di Guangdong tetapi tidak tahu secara terperinci lokasinya. Pihak berkuasa kemudian menelefon sekolah mangsa dan kedua-dua kanak-kanak tersebut dibawa pulang ke Guanxi.

2 Budak Menumpang Bawah Bas Sejauh 90 Kilometer

Laporan kejadian itu yang tersebar di laman sosial telah menimbulkan kemarahan orang ramai. Kata pelayar laman sosial, pembangunan diabaikan di kawasan laur bandar dan kemiskinan yang berleluasa, antara sebab kejadian tersebut berlaku.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.