
Ramai di antara kita mungkin tidak pernah bersiang ikan kerana takut atau geli dengan ikan. Ini bukanlah satu penyakit tetapi ini hanyalah mengada-ngada manja. Namun bukan ini bukanlah topik tujuan asal artikel ini ditulis. Cuba fikirkan kembali lautan yang dalam dan tidak boleh diteroka oleh manusia, mesti ada bermacam-macam haiwan yang masih lagi misteri pada kita.
Cuba kita pandang sungai Perak sahaja pun sudah memadai. Terdapat banyak ikan-ikan yang bersaiz gergasi dan jarang-jarang untuk dijumpai. Begitu juga dengan sungai-sungai besar lain yang ada di Malaysia seperti sungai Kinabantangan, sungai Pahang dan belum lagi kita sentuh tentang sungai Amazon.
Jangan anda pembaca setia kakinetwork.com terkejut pula kalau ternampak kewujudan hidupan laut yang tidak pernah anda lihat. Tahukah anda bahawa setiap hari akan terjumpa sekurang-kurangnya 1 spesis baru di dunia. Jadi, teruskan membaca artikel ini untuk lihat senarai 8 ikan pelik yang jarang sekali dilihat oleh manusia.
Goliath Tigerfish
Goliath Tigerfish – Bayangkan ikan yang umpama gabungan antara ikan jerung dengan ikan pirana. Ikan ini akan menjadikan anda satu alasan yang kukuh untuk tidak bermain, mandi manda di dalam sungai yang disangkakan tenang.
Frilled Shark
Frilled Shark – Ikan ini sebenarnya telah wujud di bumi sejak 80 juta tahun yang lalu dan baru-baru ini sahaja manusia tahu akan kewujudannya. Ikan ini punyai lebih 300 gigi yang tajam dan kelihatan amat menakutkan!
Blob Fish
Blob Fish – Ini bukan pokemon dan ikan ini anda memang tidak akan jumpa di persisiran pantai. Hal ini kerana ikan ini adalah ikan laut dalam dan bersaiz kecil sepanjang 30 sentimeter sahaja. Ada yang menggelarkan ikan ini sebagai ikan yang paling hodoh di dunia.
Wolf Fish
Wolf Fish – Ikan ini dikatakan ikan yang pemalu dan kadangkala agresif. Anda harus berhati-hati jika terlihat ikan ini di sungai darat yang besar. Saiznya boleh tahan besar dan kita tidak tahu adakah ianya merbahaya kepada manusia atau tidak. Kadang kala, raksasa sungai ini boleh melompat ke darat untuk menyerang mangsa mereka.
Rat-tails or Grenadiers
Rat-tails or Grenadiers – Mempunyai kepala yang besar diikuti dengan saiz mulut dan mata yang juga besar. Bentuk badan ikan ini memang pelik dan sangat langsing. Ia juga punyai ekor yang amat nipis seperti tikus.
Lamprey
Lamprey – Ikan ni bukanlah satu mitos lagi yang mana jika dahulu asyik keluar dalam filem sains fiksyen dan alien. Hari ini ramai yang sudah tahu kewujudannya kerana bentuk kepala dan badan yang sangat pelik dengan kepala bergigi.
Basking Shark
Basking Shark – Selepas ikan jerung paus, inilah ikan jerung yang hidup di lautan kedua paling besar di dunia. Ikan ini hanya makan plankton dan saiznya boleh mencapai kira-kira 6 hingga 8 meter panjang.
Goblin Shark
Goblin Shark – Ha, ini ikan betul dan bukannya ikan tipu. Jerung goblin adalah spesies jerung yang hidup di laut dalam. Kadang-kadang kala ikan ini digelar sebagai mayat ikan hidup oleh saintis dan ikan ini telah wujud kira-kira 125 juta tahun
Sebenarnya banyak lagi ikan laut dalam yang pelik dan tidak pernah kita lihat dan mungkin tidak akan kita jumpa sampai bila-bila. Tekanan air di dasar laut dalam adalah sangat kuat sehinggakan manusia biasa dengan kapal selam yang hebat pun akan gagal ke sana.
Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kakinetwork.com