Bayi 10 Bulan Cuma Boleh Gerakkan Jari

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Seorang bayu yang berusia 10 bulan disahkan menghidap pompe disease iaitu kekurangan enzim dalam badan. Bayi tersebut disahkan menghidap penyakit itu serta mengalami bengkak pada jantung sejak awal November 2017 selepas menjalani pemeriksaan rapi di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Nama bayi tersebut adalah Nor Aryan Iwan dan kini Aryan terpaksa bergantung kepada mesin oksigen untuk bernafas kerana sistem pernafasan serta ototnya lemah. Menurut ibunya Siti Fatihah yang berusia 25 tahun, Aryan mula menunjukkan simtom sejak ketika berusia 4 bulan lagi.

Bayi 10 Bulan Cuma Boleh Gerakkan Jari

Anak tunggal kepada Siti Fatihah menunjukkan tanda anggota badannya lemah sehinggalah Aryan menangis tanpa henti menyebabkan seluruh badannya kebiruan sejak Oktover 2017 yang lalu. Aryan dirujuk ke hospital di Terengganu terlebih dahulu dan disahkan mempunyai kuman pada paru-paru sebelum mendapatkan pemeriksaan lebih lanjut di HSA.

Gugur luruh hati seorang ibu mengenangkan nasib anaknya yang baru berusia 10 bulan. “Saya sangat terkejut apabila pihak hospital memaklumkan Aryan menghidap penyakit yang jarang berlaku (pompe disease), lalu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di HSA dan terpaksa bernafas melalui tiub pernafasan”, kata Siti Fatihah.

Bayi 10 Bulan Cuma Boleh Gerakkan Jari

Ubat yang disyorkan untuk memulihkan semula otot dan sistem badan Aryan menelan kos lebih RM90,000. Menurut Siti Fatihah, ubat berkenaan yang dibekalkan kepada kepada Aryan hanya untuk tempoh masa selama enam bulan sahaja dan bergantung kepada perkembangan sistem badan Aryan sama ada ia perlu disambung penggunaannya atau tidak.

Ubat tersebut berfungsi sebagai untuk mengaktifkan semula otot Aryan yang lemah dan Siti Fatihah berharap agar Aryan boleh kembali aktif dan sihat semula lantas membesar seperti kanak-kanak lain. Untuk makluman anda pengikut setia kakinetwork.com, pergerakan Aryan kini semakin terhad, dia hanya boleh menggerakkan jari sahaja kerana sistem anggota badan yang lain sudah lemah.

Bayi 10 Bulan Cuma Boleh Gerakkan Jari

Suami kepada Siti Fatihah hanya bekerja sendiri dan terpaksa mengharapkan ihsan sumbangan rakan-rakan untuk mengumpul dana bagi mendapatkan ubat yang disyorkan pihak hospital berjumlah RM90,331.20 dan mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Siti Fatihah di talian 013-7830198

Bayi 10 Bulan Cuma Boleh Gerakkan Jari

Marilah kita sama-sama doakan agar Aryan dapat kembali pulih dan sihat seterusnya membesar sihat sama seperti kanak-kanak yang lain. Kisah Aryan daptat perhatian nitizen di laman sosial selepas Siti Fatihah menaikkan status keadaan anaknya itu dan memohon netizen mendoakan anaknya di laman sosial facebook peribadinya.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.