Budak Mati Tapi Bangun Semula Sebab Dahaga

Seorang kanak-kanak berusia dua tahun di Brazil yang bernama Kelvin Santos disahkan mati. Jasad beliau ditinggalkan di dalam keranda sebelum acara pengebumiannya dijalankan dan apa yang mengejutkan adalah jasad kanak-kanak berusia dua tahun yang mati itu tiba-tiba boleh bangun dan meminta segelas air.

Budak Mati Tapi Bangun Semula Sebab Dahaga

Peristiwa yang ganjil dan mustahil itu mengejutkan orang ramai yang hadir di majlis pengebumiannya itu. Ramai yang menjerit apabila melibat Kelvin Santos bangun dari mati dan minta air. Untuk makluman anda pembaca setia kakinetwork.com, punca kematian Kelvin Santos adalah dari penyakit radang paru-paru.

Budak Mati Tapi Bangun Semula Sebab Dahaga

Kelvin Santos pun diberikan air oleh bapanya lantas tersenyum sambil memandang sekeliling sambil minum air. Setelah airnya habis diminum, Kelvin Santos pun kembali baring di dalam kerandanya dan tiba-tiba tidak bernyawa lagi. Kejadian tersebut telah menyebabkan keluarganya membawa jasadnya kembali ke hospital untuk disiasat.

Keadaan jasad Kelvin Santos sama seperti keadaannya sebelum ia bangun meminta air. Antonio Santos iaitu ayah kepada Kelvin Santos tidak dapat menahan rasa sebak apabila doktor sekali lagi di Belem (utara Brazil) telah mengesahkan anaknya itu sudah pun mati buat kali yang kedua.

Budak Mati Tapi Bangun Semula Sebab Dahaga

Antonio Santos menyatakan bahawa sewaktu di melihat keranda anaknya, terlintas di hatinya untuk memohon pada tuhan agar anaknya kembali hidup. Selang beberapa jam selepas itu, berlakulah peristiwa anaknya tiba-tiba bangun dan meminta air untuk diminum.

Ramai yang memikirkan hal ini adalah satu keajaiban telah berlaku walhal ini adalah permainan iblis dan syaitan untuk menyesatkan pemikiran manusia yang sudah terpesong dari ajaran yang sebenar. Antonio Santos sedar yang anaknya sudah mati dan tidak akan kembali lagi.

Budak Mati Tapi Bangun Semula Sebab Dahaga

Kelvin Santos disahkan meninggal dunia akibat dari radang paru-paru dan kegagalan pernafasan di Hospital Aberlardo Santos selepas demam selama lima hari. Keluarganya telah berkabung sepanjang malam selama seminggu selepas peristiwa pelik itu melanda keluarga mereka.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.