Gadis Ketagih Makan Sabun Setiap Hari

Ia sebenarnya adalah satu kelakuan yang gila dan tidak waras! Semua orang tahu dan ambil maklum bahawa memakan sabun adalah satu perkara yang boleh memudaratkan kesihatan manusia dan ia juga boleh membunuh individu yang memakannya kerana sifatnya yang bertoksik.

Gadis Ketagih Makan Sabun Setiap Hari

Seorang gadis bernama Tempestt Henderson yang berumur 25 tahun mendakwa bahawa beliau amat ketagih untuk makan sabun. Tempestt Henderson adalah seorang gadis yang berasal dari Florida dan beliau mendakwa bahawa beliau makan sehingga lima buku sabun seminggu dan begitu juga dengan serbuk pencuci.

Gadis Ketagih Makan Sabun Setiap Hari

Tempestt Henderson menceritakan peristiwa sewaktu pertama kali beliau makan sabun apabila mencelup jarinya ke dalam serbuk pencuci dan masukkan ke dalam mulut untuk rasa dengan lidah. Menurut Tempestt Henderson, rasanya begitu manis dan masih.

Gadis Ketagih Makan Sabun Setiap Hari

Sejak dari hari itu, Tempestt Henderson terus ketagih dengan sabun. Bekas pelajar kejururawatan ini tahu akan hakikat bahayanya memakan sabun namun ia tidak menghiraukan langsung label amaran yang ada di atas kotak berkenaan dengan elakkan dari makan sabun.

Gadis Ketagih Makan Sabun Setiap Hari

Setelah beberapa seketika, Tempestt Henderson cuba beralih selera dengan makan pula sabun buku dan itulah menu baru kegemarannya. Ia cuba pelbagai jenis perisa yang ada dijual di pasaran bukan untuk digunakan sebagai pembersih badan ketika mandi, tetapi untuk makan malam sewaktu menonton television.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.