Gajah Selebriti Dalam Filem Ong Bak Bunuh Tuan

Seekor gajah selebriti popular di Thailand yang pernah membintangi filem-filem dan iklan telah membunuh penjaga iaitu tuannya sendiri di Thailand. Berikutan dengan hal ini, ia telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan perdebatan baru dalam industri pelancongan berkaitan haiwan.

Nahas maut yang tidak disangka-sangka itu telah berlaku di Chiang Mai yang terletak di utara Thailand. Hal yang telah berlaku pada waktu itu adalah sejurus selepas Somsak Riengngen membuka rantai gajah bernama Ekasit yang pernah membintangi filem popular termasuk Ong Bak lakonan Tony Jaa.

Gajah Selebriti Dalam Filem Ong Bak Bunuh Tuan

Ekasit yang pada ketika itu tidak dikendalikan oleh penjinak tiba-tiba mengundur sebelum menyerang Somsak yang berumur 54 tahun iaitu tuannya sendiri. Ia tiba-tiba menjadi agresif dan tidak seperti biasa dan ramai yang terpinga-pinga akan tindakannya pada waktu itu.

Pemangku Pengarah Zoo Chiang Mai Wuthichai Muangman berkata, “Gajah selebriti yang terkenal di seluruh dunia ini tidak dapat dikawan dan tiba-tiba membelit mangsa dengan belalainya.” Perkara ini langsung tidak dijangka kerana Ekasit tidak pernah berkelakuan pelik sebegitu.

Gajah Selebriti Dalam Filem Ong Bak Bunuh Tuan

Gajah jantan berusia 32 tahun itu mungkin berada dalam keadaan “musth” iaitu peningkatan aktiviti seksual dan tahap agresif disebabkan peningkatan testosteron. Berkemungkinan, inilah punca yang menyebabkannya bertindak ganas. Siasatan lanjut masih diteruskan untuk diketahui punca sebenar.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.