Ikan Lumba-Lumba Irrawaddy, Spesis Kepala Pelik

Ikan lumba-lumba Irrawaddy (Orcaella brevirostris) adalah spesies ikan lumba-lumba yang hidup di lautan dan juga terdapat hidup secara berkelompok berhampiran dengan pantai laut dan di muara sungai. Kebanyakan darinya ada di kawasan Bay of Bengal dan Asia Tenggara.

Rekod terawal berkenaan dengan penerangan tentang Ikan Lumba-Lumba Irrawaddy ini adalah oleh Sir Richard Owen pada tahun 1866 berdasarkan penemuan spesimen yang ditemui pada tahun 1852 di pelabuhan Visakhapatnam di pantai timur India.

Ikan Lumba-Lumba Irrawaddy, Spesis Kepala Pelik

Untuk makluman anda pembaca setia kakinetwork.com, Ikan Lumba-Lumba Irrawaddy ini dikenali dengan nama Dolphin Empesut oleh masyarakat Malaysia. Dolphin Empesut boleh didapati di Malaysia. Selain di Sarawak, pesut juga boleh di dapati di Sabah, Australia, Bangladesh, Timur Leste, India, Indonesia, Kemboja, Myanmar, Papua New Guinea, Filipina, Thailand, and Vietnam.

Ikan Lumba-Lumba Irrawaddy, Spesis Kepala Pelik

Lumba-lumba Irrawaddy hampir sama penampilannya dengan ikan paus beluga. Ciri-ciri pada kepalanya yang besar umpama tembikai dan berkepala bulat serta paruh yang tidak berapa jelas. Panjang maksimum yang pernah direkodkan adalah sepanjang 2.75 meter bersamaan lebih kurang 9.0 kaki.

Ikan Lumba-Lumba Irrawaddy, Spesis Kepala Pelik

Habitatnya yang berdekatan dengan muara sungai yang berhampiran dengan penempatan manusia menyebabkan ikan lumba-lumba Irrawaddy lebih mudah terdedah kepada pemangsa manusia berbanding dengan kebanyakan ikan lumba-lumba lain yang hidup lebih jauh di lautan.

Ikan Lumba-Lumba Irrawaddy, Spesis Kepala Pelik

Tersangkut dalam jaring nelayan adalah ancaman utama buat mereka sepanjang tahun. Terdapat kira-kira 38 kematian ikan lumba-lumba Irrawaddy antara tahun 1995 dan 2001 dan 74% daripadanya didapati mati akibat daripada penyakit kerapuhan sel-sel insang.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.