Ikan Serah Diri Jadi Rezeki Nelayan Di Pantai Beserah, Kuantan

Rezeki nelayan di perairan Pantai Beserah di Kuantan berganda-ganda sejak semalam. Mereka memperoleh hasil tangkapan yang luar biasa selepas pukat yang dipasang di perairan Pantai Beserah di sini, semalam memerangkap ribuan ekor ikan.

Kebanyakan ikan yang ditangkap terdiri daripada jenis gelama dan selayang berukuran 15 hingga 18 sentimeter seekor. Seorang nelayan, Mat Isa Abdul Latib, 37, berkata, ikan-ikan tersebut dikesan memasuki perairan pantai bermula awal pagi semalam selepas mendapati pukat yang ditarik lebih berat daripada biasa.

Ikan Serah Diri Jadi Rezeki Nelayan Di Pantai Beserah, Kuantan

Selalunya, ikan gelama ini mengejar udang baring yang menjadi sumber makanan. Ia bukan perkara pelik di pantai ini kerana sering berlaku setiap kali udang baring bermain (berenang) di perairan pantai.

Ikan Serah Diri Jadi Rezeki Nelayan Di Pantai Beserah, Kuantan

Apabila (suhu) air pantai lebih panas daripada biasa, udang baring akan berenang di kawasan ini dan diikuti pemangsa. Hari ini sahaja ada seorang nelayan disana yang berjaya mendaratkan kira-kira 300 kilogram ikan gelama.

Ikan Serah Diri Jadi Rezeki Nelayan Di Pantai Beserah, Kuantan

Dalam pada itu, beberapa keping gambar yang tular di laman sosial Facebook hari ini menunjukkan beberapa nelayan meraih hasil ribuan ekor ikan selepas menarik pukat yang dipasang di perairan Pantai Beserah.

Rata-rata ramai nitizen dan penduduk setempat kawasan tersebut berharap agar nelayan disana dapat berkongsi rezeki yang dibeli Allah SWT dengan menjual hasil tangkapan mereka dengan harga yang berpatutan dan lebih murah daripada harga pasaran.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.