Kedai Makan Bertemakan Paha Wanita Di Jepun

Jepun cukup terkenal dengan perkara-perkara pelik dan unik yang akan dilakukan oleh mereka. Kali ini ada pula restoran yang bertemakan paha wanita dalam sebuah kedai makan dan semakin tular di seluruh dunia. Adakah ini satu agenda untuk melariskan produk pelancongan ke negara Jepun?

Makan malam sambil menatap gambar-gambar paha wanita yang ditampak disekeliling dinding restoran. Ramai lelaki-lelaki yang “terdesak” tidak kira usia tua dan muda semakin hari semakin ramai membanjiri kedai makan yang bertemakan pelik ini.

Kedai Makan Bertemakan Paha Wanita Di Jepun

Restoran ini digelar sebagai World of Thighs Photography Cafe. Mereka juga menyediakan menu-menu biasa tetapi berbentuk paha wanita. Amboi bukan main gatal lagi manusia zaman sekarang ni ya, nak kaya cepat, maca-macam kaedah yang digunakan untuk tarik ramai pelanggan.

Kedai Makan Bertemakan Paha Wanita Di Jepun

Idea dan gambar-gambar yang dilekatkan di dinding restoran ini adalah daripada seorang jurugambar ang terkenal di Jepun iaitu Yuria. Kafe yang dibuka di daerah Ebisu, Tokyo ini menggunakan sepenuhnya hasil kerja daripada Yuria kerana beliau adalah seorang jurugambar pelik yang suka menangkap gambar paha wanita.

Kedai Makan Bertemakan Paha Wanita Di Jepun

Kepada kaum hawa di Malaysia, Singapura, Brunei dan juga di Indonesia. Awasi suami anda yang suka ke Jepun walaupun ianya bertujuan untuk kerja. Kerana lokasi ini juga seringkali menjadi tumpuan warga Asia Tenggara yang inginkan kelainan.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.