Kisah Si Kanibal Goreng Otak Manusia Dengan Marjerin

Makan daging manusia adalah salah satu perkara yang pelik, seram dan penerimaan untuk isu kanibal ini tidak mungkin akan dapat diterima oleh seluruh tamadun manusia yang ada pada zaman sekarang. Mereka yang terlibat dengan makan daging manusia ini selalu dikaitkan dengan permasalahan mental dan gila kerana sanggup menjamah daging manusia yang pernah hidup sebelum ini. Hal ini adalah amat serius.

Kisah Kanibal Goreng Otak Dengan Marjerin

Dalam artikel kali ini, kakinetwork.com ingin berkongsikan cerita tentang kisah seorang individu yang makan daging manusia yang bernama Peter Bryan. Peter Bryan dilahirkan di London pada 4 Oktober 1969. Ibu bapanya adalah pendatang dari Barbados dan Peter Bryan adalah anak bongsu dari tujuh orang adik beradi. Lelaki ini berhenti sekolah dalam lingkungan umur 14 ke 15 tahun dan bekerja di kedai pakaian.

Kisah Kanibal Goreng Otak Dengan Marjerin

Kisah Peter Bryan pada asalnya bermula sejak apabila Peter Bryan dipecat dan dibuang bekerja tempat kerjanya. Tempat kerjanya adalah sebuah kedai dan Peter dipecat kerana selalu mencuri barangan yang ada di dalam kedai tersebut. Peter Bryan melepaskan rasa tidak puas hatinya kerana dipecat dengan membunuh anak perempuan kepada pemilik kedai tersebut. Mangsa yang dibunuhnya pada waktu itu berumur hanya 20 tahun.

Lantas selepas membunuh anak perempuan bekas majikannya itu, Peter Bryan cuba hendak membunuh diri dengan melompat dari balkoni. Namun Peter Bryan tidak mati dan dapat ditangkap oleh pihak penguatkuasa. Pihak penguatkuasa memutuskan bahawa Peter Bryan berada di dalam keadaan mental yang tidak stabil lalu dimasukkan ke dalam hospital gila dengan kawalan maksimum pada tahun 1993.

Kisah Kanibal Goreng Otak Dengan Marjerin

Selang 9 bulan selepas Peter Bryan dimasukkan ke hospital gila, dia akhirnya dibebaskan setelah berkelakuan baik dilihat sudah sihat. Pada malam yang sama selepas dibebaskan, Peter Bryan terus pergi ke sebuah flat yang didiami oleh lelaki berusia 43 tahun bernama Brian Cherry. Malangnya berlaku saty peristiwa yang dasyat pada malam itu, Brian Cherry telah dibunuh dengan dipotong tangan serta kaki dengan gergaji. Apabila polis muncul, mereka mendapati otak mangsa ada di dalam kuali dapur.

Kisah Kanibal Goreng Otak Dengan Marjerin

Polis akhirnya berjaya menangkap Peter Bryan semula dan apabila disoal siasat, Peter Bryan dengan rasa tidak bersalah terus mengaku telah menggoreng otak Brian Cherry dengan marjerin dan terus memakannya dengan mengatakan rasanya lebih sedap dengan marjerin. Peter Bryan juga turut menyatakan bahawa dia juga turut memakan sebahagian lengan dan kaki Brian Cherry dan memberitahu petugas yang bertanya bahawa rasanya seperti ayam.

Kisah Kanibal Goreng Otak Dengan Marjerin

Peter Bryan sekali lagi ditangkap dan dimasukkan ke dalam hospital gila. Kali ini, dia juga telah membunuh salah seorang pesakit yang ada disana dan kemudian berkata bahawa dia juga mahu makan daging pesakit yang telah dibunuhnya itu tetapi tiada masa untuk memasak mangsa. Peter Bryan akhirnya dipenjara seumur hidup kerana didapati berbahaya dan ada laporan yang menyatakan Peter Bryan ada skizofrenia paranoid dan gangguan personaliti.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.