Laman Web Poligami Yang Bantu Lelaki Dapatkan Lebih Dari 1 Isteri Di Indonesia

Di Indonesia, selepas seorang pemuda yang merupakan seorang web developer dan perisian applikasi menyedari bahawa ramai lelaki yang menggunakan perkhidmatan laman sosial atas talian untuk cuba mencari isteri kedua, ketiga dan seterusnya, kemudian beliau memutuskan untuk memudahkan mereka dengan mencipta aplikasi poligami yang berdedikasi.

Pada tahun 2016 yang lalu sewaktu sambil melayari pelbagai laman web cari jodoh di Indonesia, Lindu Pranayama iaitu pemuda web developer tersebut menyedari bahawa ramai pengunjung sebenarnya adalah lelaki yang sudah berkahwin dan mencari isteri kedua atau ketiga.

Lindu Pranayama

Lindu Pranayama

Malangnya bagi mereka, sebahagian besar perkhidmatan atas talian di sana tidak menawarkan sebarang pilihan untuk poligami. Jadi beliau memutuskan untuk membina “AyoPoligami” dan membangunkan aplikasi untuk telefon pintar versi android bagi memenuhi keperluan mereka.

Laman Web Poligami Yang Bantu Lelaki Dapatkan Lebih Dari 1 Isteri Di Indonesia

Sepertimana kita semua sudah sedia maklum, 80% dari keseluruhan penduduk di negara Indonesia adalah muslim. Untuk makluman anda pembaca setia kakinetwork.com, di Indonesia lelaki yang ingin beristeri lebih daripada 1 perlulah mendapatkan izin daripada mahkamah undang-undang untuk berkahwin dengan wanita lain.

Laman Web Poligami Yang Bantu Lelaki Dapatkan Lebih Dari 1 Isteri Di Indonesia

Walaupun begitu, poligami tidak digalakkan di Indonesia kerana ramai yang sebenarnya tidak mampu dalam pelbagai aspek dari sudut kewangan sehinggalah kepada faktor kesihatan. Sejak “AyoPoligami” dilancarkan pada April 2017 yang lalu, ia telah mencetuskan kontroversi di Indonesia.

Bagaimana pula dengan Malaysia, Singapura dan Brunei? Adakah anda juga memerlukan applikasi dan laman web seperti ini?

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.