Muhammad Ali Mula Bertinju Kerana Basikalnya Dicuri

Cukup popular di dunia, siapa yang tidak kenal dengan nama Muhammad Ali? Muhammad Ali terkenal sebagai seorang legenda tinju dunia dari Amerika Syarikat. Beliau dianggap antara peninju heavyweight paling hebat dalam sejarah sukan ini.

Beliau juga ialah Muslim pertama yang menjadi peninju dunia yang terkenal di kalangan umat Islam seluruh dunia. Beliau bukan sahaja terkenal kerana kehebatannya, malah juga terkenal dengan pegangan prinsip hidupnya. Untuk makluman anda pembaca setia kakinetwork.com, Muhammad Ali juga telah dinobatkan sebagai “Sportsman of the Century” oleh Sports Illustrated dan “Sports Personality of the Century” oleh BBC.

Muhammad Ali Mula Bertinju Kerana Basikalnya Dicuri

Muhammad Ali lahir dengan nama Cassius Marcellus Clay sebelum memeluk agama Islam di Louisville, Kentucky pada 17 Januari 1942. Beliau adalah anak kepada seorang pelukis iklan dan nama Cassius Marcellus Clay diberi kepadanya berdasarkan nama seorang pejuang politik yang ingin menghapuskan penghambaan pada awal abad ke 19.

Muhammad Ali Mula Bertinju Kerana Basikalnya Dicuri

Berbalik kepada penceritaan bagaimana Muhammad Ali mula bertinju ketika beliau berusia 12 tahun. Pada ketika usia itu, beliau pernah melaporkan kehilangan basikal miliknya kepada pihak polis. Muhammad Ali juga menyatakan kepada pegawai polis yang mengambil laporannya bahawa beliau akan “mengajar” pencuri yang mencuri basikalnya itu.

Muhammad Ali Mula Bertinju Kerana Basikalnya Dicuri

Pegawai polis yang mengambil laporan tersebut tersenyum sahaja mendengar amarah dan keluhan anak kecil yang berusia 12 tahun itu. Beliau juga sebenarnya adalah individu yang melatih petinju kanak-kanak di sebuah pusat sukan tempatan. Lantas dengan itu, pegawai polis tersebut menawarkan latihan tinju kepada Muhammad Ali untuk menentang pencuri apabila ditangkap nanti.

Muhammad Ali Mula Bertinju Kerana Basikalnya Dicuri

Muhammad Ali dan Joe Martin

Joe Martin adalah nama pegawai polis tersebut yang melatih Muhammad Ali sejak kecil. Selang beberapa bulan berlatih tinju, Muhammad Ali ke gelanggang untuk pertandingan tinju pertamanya dalam tahun 1954.

Muhammad Ali Mula Bertinju Kerana Basikalnya Dicuri

Muhammad Ali dan Joe Martin

Menurut Joe Martin, anak kecil berusia 12 tahun iaitu Muhammad Ali pada waktu itu punyai potensi yang besar dan semangat yang tinggi berbanding dengan pelajar tinju yang lain. Beliau adalah yang paling rajin berlatih berbanding dengan anak-anak yang lain yang pernah dilatihnya.

Muhammad Ali Mula Bertinju Kerana Basikalnya Dicuri

Selama 5 tahun berlatih, akhirnya Muhammad Ali masuk dan menang pelbagai kejuaraan Golden Gloves Tournament of Champions yang diadakan pada tahun 1959 dan pada tahun 1960 ketika usia beliau 18 tahun, Muhammad Ali terpilih untuk sertai pasukan Amerika Syarikat untuk Olimpiade Roma. Lantas selepas itu, masa depan Muhammad Ali cerah dalam bidang yang diceburinya dan terkenal di seluruh dunia.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.