
Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un, Pemain gitar bass buat kumpulan Samudera yang dikenali dengan nama Jimmy atau nama sebenarnya adalah Azizan Hamid yang berumur 49 dimaklumkan telah meninggal dunia ketika tidur pagi tadi bersamaan 19 November 2017.
Menurut Pengurus kepada kumpulan Samudera iaitu Mahadi Latif, ketika Jimmy meninggal dunia kesemua ahli anggota kumpulan Samudera berada di sebuah homestay yang terletak di Rengit, Batu Pahat. Mereka berada di sana sempena Samudera Titian Hasrat Road Tour.
Apa yang berlaku malam sebelum arwah meninggal dunia adalah kumpulan Samudera ada persembahan di Rengit, Batu Pahat yang mana ia juga adalah destinasi terakhir untuk Samudera Titian Hasrat Road Tour. Tidak sangka pula Jimmy meninggal dunia selepas persembahan terakhir untuk Samudera Titian Hasrat Road Tour.
Waktu mereka semua perasan tentang kematian Jimmy adalah apabila hendak mengejut arwah untuk pergi sarapan dan pulang ke rumah. Akan tetapi malangnya arwah sudah tidak bernafas pagi itu dan suasa pada pagi itu tiba-tiba menjadi hiba dikeluh sepi.
Punca sebenar kematian arwah Jimmy masih belum diketahui lagi dan jenazah dibawa ke Hospital Batu Pahat. Jenazah arwah Jimmy dijangka akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Salak Selatan untuk dikebumikan.
Untuk makluman anda pengikut setia kakinetwork.com, arwah Jimmy adalah merupakan antara pengasas bagi kumpulan Samudera yang amat popular dalam era 90an. Antara lagu popular adalah Titian Hasrat yang seringkali menjadi pilihan lagu karaoke orang muda hari ini serta banyak lagi lagu-lagu pilihan yang lain.
Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kakinetwork.com