Permohonan BR1M 2018 Akan Dibuka Hari Isnin Ini

Permohonan dan kemas kini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 akan dibuka mulai Isnin 27 November 2017 sehingga 31 Disember 2017 ini. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, berkata permohonan dan kemas kini maklumat itu boleh dilakukan secara manual atau dalam talian melalui portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my.

Bagi permohonan secara manual, borang boleh didapati secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN), Pusat Khidmat Hasil LHDN dan Pusat Transformasi Bandar LHDN. “Pemohon juga boleh memuat turun borang permohonan di portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my,” katanya.

Permohonan BR1M 2018 Dibuka Isnin Ini

Kementerian itu berkata pasangan kepada penerima BR1M tahun lepas yang meninggal dunia serta pemohon yang gagal atau tidak layak dalam permohonan pada tahun lepas perlu membuat permohonan baharu bagi BR1M 2018.

Bagi penerima sedia ada, pengemaskinian perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat peribadi atau sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun. Kementerian itu turut memaklumkan bahawa kerajaan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai BR1M melalui aplikasi Whatsapp dan media sosial yang lain.

Permohonan BR1M 2018 Dibuka Isnin Ini

“Maklumat yang sahih hanya boleh didapati melalui risalah BR1M 2018 yang diedarkan kepada semua penerima BR1M dan juga melalui lama sesawang https://ebr1M.hasil.gov.my. Kerajaan berharap pembayaran BR1M 2018 dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat,” menurut kementerian berkenaan.

Permohonan BR1M 2018 Dibuka Isnin Ini

Katanya mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 atau emel kepada [email protected] Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa membentangkan Bajet 2018 mengumumkan pemberian BR1M pada tahun hadapan akan diteruskan dengan pengekalan kadar maksimum RM1,200.

Sumber – BERNAMA

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.