Seni Tunggul Pokok Yang Menakjubkan

Gabi Rizea seorang artis yang berusia 42 tahun baru sahaja mula-mula sedar akan bakatnya dalam mengukir kayu sejak tiga tahun yang lalu. Bakatnya mula terserlah dengan tidak sengaja apabila ia mulakan dengan hobi dan secara tidak langsung hari ini beliau memperjuangkan tunggul pokok lama.

Sebagai seorang bekas ranger hutan, rasa cinta terhadap alam semulajadi sudah menjadi lumrah dan sebati dalam hidupnya. Pada asalnya, beliau mula membeli gergaji baru untuk hanya cuba-cuba sahaja namun hasil yang didapatinya amat baik dan sangat mengkagumkan!

Seni Tunggul Pokok Yang Menakjubkan Seni Tunggul Pokok Yang Menakjubkan

Untuk makluman anda permbaca setia kakinetwork.com, Gabi Rizea mula mengukir muka manusia pada tunggul pretamanya dan hasilnya sangat baik. Hari ini, pihak berkuasa tempatan membayar untuk perkhidmatannya dalam membuat arca atau seni dari tunggul pokok lama.

Seni Tunggul Pokok Yang Menakjubkan Seni Tunggul Pokok Yang Menakjubkan Seni Tunggul Pokok Yang Menakjubkan

Kos operasi untuk buang sepenuhnya tunggul pokok lama yang mati agak mahal. Jadi menurut penguat kuasa tempatan, ini adalah satu alternatif yang paling baik untuk pendekatan agensi kerajaan untuk berjimat cermat dan secara tidak langsung, ia dapat memberi manfaat pada masyarakat.

Seni Tunggul Pokok Yang Menakjubkan Seni Tunggul Pokok Yang Menakjubkan

Untuk menghasilkan satu ukiran seni yang lengkap pada tunggul kayu, Gabi Rizea mengambil masa kira-kira 2 hari untuk menyiapkannya jika menggunakan gergaji jenis mesin auto. Dan agak perlahan kerjanya jika seni tersebut perlukan lekukan yang banyak dan perlukan lebih penelitian untuk menghasilkan seni dari tunggul yang baik.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.