Servis Cukur Biji Mata Untuk Penglihatan Yang Cerah

Jangan cuba dan mudah terpedaya! Baru-baru ini tular lagi kisah tentang seorang tukang gunting rambut tua yang pernah menggemparkan orang ramai apabila beliau mendedahkan yang beliau sudah 40 tahun mencukur biji mata manusia dengan menggunakan pisau cukur tanpa sebarang masalah.

Tukang gunting rambut veteran tersebut bernama Xiong Gaowu dan berumur 62 tahun. Beliau dikatakan mempunyai kemahiran tersendiri dan amat berbeza dari tukang gunting rambut yang lain kerana mempunyai kemampuan yang luar biasa dan keberanian untuk mencukur biji mata pelanggannya dengan menggunakan pisau cukur.

Servis Cukur Biji Mata Untuk Penglihatan Yang Cerah

Untuk makluman anda pembaca setia kakinetwork.com, Xiong Gaowu dikatakan akan mengambil masa lebih kurang 5 ke 10 minit untuk mencukur biji mata pelanggannya. Kelopak mata pelanggan akan ditarik keluar untuk memudahkannya mencukur dan kemudian biji mata pelanggan dibersihkan dengan cara dikikis menggunakan pisau cukur yang tajam.

Servis Cukur Biji Mata Untuk Penglihatan Yang Cerah

Cecair iodin akan dititiskan ke atas pisau cukur sebelum digunakan untuk mengikis kotoran dan membunuh kuman. Menurut Xiong Gaowu, selama 40 tahun mencukur biji mata pelanggannya, tidak pernah ada sebarang masalah dan rungutan dari pelanggannya malah mereka datang berkali-kali untuk mencuci mata mereka.

Servis Cukur Biji Mata Untuk Penglihatan Yang Cerah

Anda semua diminta jangan terpengaruh dan jika nak rawat mata anda, sila berjumpa dengan doktor mata yang pakar dan mereka lebih arif dalam segalanya tentang perihal mata. Sayangilah mata anda, kalau terciut sikit pisau cukur tu di biji mata, tak ke berdarah boleh buta?

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.