Taksa Di China Suntik Kanak-Kanak Dengan Dadah

Sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Beijing, China telah didakwa kerana melakukan kesalahan serius terhadap para pelajar yang semuanya adalah kanak-kanak dengan menyuntik dan memberi dadah kepada mereka yang belajar di sana.

Untuk makluman anda pembaca setia kakinetwork.com, hal ini difahamkan adalah kerana ia adalah satu cara untuk mendisiplinkan mereka. Pusat jagaan itu sebenarnya adalah merupakan milik rangkaian pusat pendidikan yang terkenal iaitu RYB Education.

Taksa Di China Suntik Kanak-Kanak Dengan Dadah

Menurut bapa kepada mangsa iaitu seorang kanak-kanak yang belajar RYB Education, dia menyedari akan perkara itu selepas anaknya memaklumkan yang dia sering diberi makan dua biji pil berwarna putih sebelum waktu tidur.

Taksa Di China Suntik Kanak-Kanak Dengan Dadah

Tidak cukup dengan itu, ibu bapa dan penjaga kanak-kanak yang lain pula menemukan kesan suntikan pada badan anak mereka selain mengesyaki ada di antara kanak-kanak tersebut turut dijadikan mangsa serangan seksual.

Apa yang menyedihkan lagi adalah, kanak-kanak yang didapati degil dan enggan mendengar guru yang bertugas dikatakan mereka akan dikurung di dalam bilik yang gelap dalam keadaan berdiri sambil berbogel sehingga tamat waktu persekolahan.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.