Tasik Bertompok Yang Pelik Di Canada

Dunia kita banyak punyai lokasi dan tempat yang pelik serta indah. Dan dari tasik berwarna merah jambu sehinggalah ke pulau Jepun yang penuhi dengan penghuni yang amat comel iaitu juataan kucing. Dalam artikel kita pada hari ini, kakinetwork.com akan menceritakan tentang Spotted Lake yang ada di Canada.

Tasik Bertompok Yang Pelik Di Canada

Spotted Lake telah lama dihormati oleh orang asli Okanagan (Syilx) dan mudah untuk kita lihat kenapa mereka menggapnya suci. Pada musim panas, air tasik akan menguap dan kolam mineral kecil akan terbentuk. Apa yang menariknya adalah tompokan itu masing-masing berbeza warnanya.

Tasik Bertompok Yang Pelik Di Canada

Tasik yang unik ini boleh dilihat di Lebuhraya 3, barat laut bandar kecil Osoyoos. Pelawat boleh datang melihat keindahan dan keunikan tasik ini. Mereka yang datang juga dibenarkan untuk mengambil gambar, akan tetapi pelawat tidak dibenarkan sama sekali untuk menyeberang di tanah puak orang asli.

Tasik Bertompok Yang Pelik Di Canada

Pada asalnya, Spotted Lake dikenali dengan nama Kliluk oleh orang asli Okanagan (Syilx) yang tinggal di kawasan tersebut. Tasik tersebut telah dijadikan sebagai tempat suci yang dianggap sebagai air terapeutik untuk berabad-abad lamanya.

Tasik Bertompok Yang Pelik Di Canada

Pada waktu Perang Dunia I, galian-galian yang ada di Spotted Lake telah digunakan dalam pembuatan peluru. Kemudian, kawasan tasik tersebut berada di bawah kawalan dan seliaan Keluarga Ernest Smith untuk tempoh masa kira-kira selama 40 tahun.

Tasik Bertompok Yang Pelik Di Canada

Pada tahun 1979, Smith cuba untuk membuat perniagaan spa di tasik tersebut dan orang asli Okanagan (Syilx) segera bertindak dengan membeli seluruh kawasan tasik tersebut. Pada bulan Oktober 2001, perjanjian untuk membeli 22 hektar tanah dengan jumlah $CAD 720,000 telah berjalan dan sumbangan pembiayaan sekitar 20% telah dibiayai oleh Persatuan Orang Asli dan Utara Kanada.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.