Tersalah Hukum, 39 Tahun Dalam Penjara Atas Kesalahan Yang Tidak Dilakukannya

Seorang lelaki dari California yang kini berusia 70 tahun telah dihukum hampir empat dekad yang lalu atas kes pembunuhan bekas teman wanitanya dan anak lelakinya yang berusia 4 tahun. Apa yang mengejutkan adalah baru-baru ini beliau didapati tidak bersalah dan dibebaskan selepas 39 tahun dalam penjara.

Untuk makluman anda pembaca setia kakinetwork.com, kes yang disabitkan kepada Craig Richard Coley iaitu individu yang dipersalahkan dalam kes ini adalah disebabkan kematian teman wanita Rhonda Wicht bersama-sama dengan anaknya Donald Wicht. Mereka ditemui mati di pangsapuri Simi Valley pada 11 November 1978.

Tersalah Hukum, 39 Tahun Dalam Penjara Atas Kesalahan Yang Tidak Dilakukannya

Berikutan dengan hal tersebut, Craig Richard Coley telah ditangkap dan menjadi suspek utama dalam pembunuhan mereka berdua lalu beliau telah dipenjarakan sehingga 22 November 2017 selepas 39 tahun lamanya. Hal ini adalah berikutan selepas ujian DNA yang lebih moden telah dijalankan untuk mendapatkan bukti yang lebih kukuh.

Tersalah Hukum, 39 Tahun Dalam Penjara Atas Kesalahan Yang Tidak Dilakukannya

Mangsa kesilapan perundangan dunia yang bernama Craig Richard Coley ini telah menghadapi penahanan yang tidak adil dalam jangka masa yang sangat lama. Peguam daerah yang bertugas memohon maaf atas ketidak adilan yang dihadapi oleh Craig Richard Coley dan berharap agar individu yang sepatutnya dibawa ke muka pengadilan dapat ditangkap.

Tersalah Hukum, 39 Tahun Dalam Penjara Atas Kesalahan Yang Tidak Dilakukannya

Rhonda Wicht dicekik mati dijerut dengan menggunakan tali manakala anaknya mati dicekik dengan tangan. Craig Richard Coley sebenarnya pernah dibicarakan semula pada tahun 1980 dan didapati bersalah seterusnya akan dihukum mati.

Tersalah Hukum, 39 Tahun Dalam Penjara Atas Kesalahan Yang Tidak Dilakukannya

Namun selepas mendengar rayuan Craig Richard Coley, mahkamah perbicaraan memutuskan untuk buat ujian DNA yang moden untuk membuktikan kesalahan Craig Richard Coley. Namun sebaliknya berlaku apabila mereka mendapati bahawa DNA orang lain sebenarnya yang didapati dan bukannya DNA Craig Richard Coley.

Tersalah Hukum, 39 Tahun Dalam Penjara Atas Kesalahan Yang Tidak Dilakukannya

Ini adalah sesuatu yang amat mengejutkan dan merupakan satu peringatan tragis bahawa sistem keadilan terbaik yang pernah dicipta manusia juga tidak sempurna.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.