Tiga Tahun Lelaki Ini Hidup Atas Pokok Kelapa Setinggi 60 Kaki

Seorang lelaki yang berusia 47 tahun dari La Paz yang terletak di wilayah Agusan del Sur, Filipina akhirnya kembali semula menjejakkan kaki ke atas tanah setelah 3 tahun hidup diatas pokok kelapa setinggi 60 kaki sejak tahun 2014 yang lalu. Percaya atau tidak, memang beliau tidak pernah turun sejak kali terakhir memanjat pokok kelapa sejak tiga tahun yang lalu.

Pihak berkuasa dan penduduk tempatan telah berjaya menyelamatkan beliau secara paksa dalam tahun 2017 yang mana pokok kelapa tersebut ditebang dan diturunkan secara perlahan-lahan sehingga beliau tidak dapat berbuat apa lagi melainkan hanya mengalah.

Tiga Tahun Lelaki Ini Hidup Atas Pokok Kelapa Setinggi 60 Kaki

Untuk makluman anda pembaca setia kakinetwork.com, lelaki tersebut yang bernama Gilbert Sanchez dikatakan mula berkelakuan pelik setelah pulih dari kecederaan terkena tembakan pistol di kepala kerana perbalahan. Sehingga ke hari ini, beliau masih takut dan menyatakan bahawa ada orang yang hendak datang membunuhnya dan inilah sebab kenapa beliau panjat pokok kelapa untuk bersembunyi.

Di atas pokok kelapa itulah Gilbert Sanchez hidup sepanjang 3 tahun sejak tahun 2014 lagi. Makan dan minumnya diberi oleh ibunya yang datang membawa bekalan yang akan ditarik dengan menggunakan tali oleh Gilbert Sanchez dari atas pokok kelapa. Bayangkan sepanjang 3 tahun itu, diatas itulah Gilbert Sanchez terpaksa menahan hujan, panas, ribut dan serangga yang boleh bawa penyakit.

Tiga Tahun Lelaki Ini Hidup Atas Pokok Kelapa Setinggi 60 Kaki

Ibu kepada Gilbert Sanchez bernama Winifreda Sanchez sudah jemu untuk cuba meyakinkan anaknya supaya turun sekurang-kurangnya untuk mandi tetapi seringkali ditolak mentah-mentah. Beliau tidak dapat memujuk anaknya itu melainkan dengan memberi makanan setiap hari supaya anaknya tidak sentiasa lapar dan dapat meneruskan hidup.

Tiga Tahun Lelaki Ini Hidup Atas Pokok Kelapa Setinggi 60 Kaki

Walaupun ramai cerita berkenaan dengan Gilbert Sanchez diketahui ramai di kawasan La Paz, namun tiada tindakan yang dapat dibuat untuk membantu menurunkan mangsa sehinggalah cerita kisah beliau tersebar ke seluruh Filipina. Sejak kisahnya tular di seluruh negara tersebutm pihak berkuasa tempatan terus turun untuk membantu untuk menurunkan lelaki tersebut.

Tiga Tahun Lelaki Ini Hidup Atas Pokok Kelapa Setinggi 60 Kaki

Akhirnya pada 11 Oktover 2017, Gilbert Sanchez diturunkan secara paksa dalam operasi yang amat sukar dan menggerunkan. Mereka terpaksa menggergaji pokok kelapa tersebut sementara Gilbert Sanchez masih ada diatas. Namun, akhirnya semua berjalan seperti yang dirancang dan Gilbert Sanchez akhirnya menjejakkan kali ke tanah semula selepas 3 tahun.

Sepandai-pandai tupai melampat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Apatah lagi kita fitrah manusia yang sememangnya hidup di darat. Biarpun begitu, ramai yang berharap agar Gilbert Sanchez akan kembali pulih dan tinggal bahagia dengan keluarganya.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.