Kebanyakkan daripada kita mengambil sayuran dan buah-buahan sebagai makanan hari kita. Lagi pula ianya memang sebahagian daripada diet pemakanan kita sejak dari dulu lagi.

Kita memakannya secara mentah, separuh masak, sejuk, panas, membuatkannya menjadi jus serta menggabungkannya kedalam makanan lain yang kita selalu makan.

Namun seperti juga benda lain yang sudah ada lama disekiling kita, ada banyak perkara penting dan berguna berkenaan dengan buah-buahan dan sayuran yang kurang kita ketahui.

1. Jangan Makan Anggur Bersama Ubat-Ubatan

Anggur antara buah-buahan yang banyak nutrisi namun dalam masa yang sama boleh mendatangkan mudarat jika anda memakannya bersama beberapa jenis ubat-ubatan.

Bahan kimia yang terdapat dalam buah anggur akan menyebabkan tindak balas buruk jika bercampur dengan setengah jenis ubat atau dadah yang mungkin boleh menyebabkan kematian. Jika anda sedang mengambil ubat, pastikan anda mendapatkan nasihat pakar sebelum minum atau makan apa-apa jenis makanan yang berasal dari anggur.

2. Buah-Buahan Mempunyai Banyak Fiber

Antara manfaat fiber adalah untuk mengekalkan fungsi perut dan usus anda dengan sempurna, mengurangkan kolestrol, mengawal kadar gula dalam darah, dan membuatkan anda rasa kenyang dalam tempoh masa yang panjang.

Bahkan jika anda tidak lagi memerlukan vitamin, mineral atau bahan berkhasiat lain didalam buah atau sayuran, masih ada satu perkara penting yang anda perlu makan sebagai diet harian, bagi memperoleh bahan fiber tadi.

3. Bahagian Kulit Merupakan Bahagian Terbaik

Dalam banyak sayuran dan buah-buahan seperti lobak, epal dan timun, kandungan tinggi nutrisi kebanyakkannya terdapat dibahagian kulit. Ini bermakna jika anda mengupas kulit buah-buahan ini, anda sebenarnya mengupas nutrisi penting yang terdapat pada buah berkenaan.

Pastikan anda membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran anda dengan betul sebelum menjamah dan dijamin anda akan biasa memakan buah-buahan selepas ini tanpa perlu mengupasnya lagi.

4. Pisang Buah Yang Sangat Menarik

Terdapat dua perkara menakjubkan dari sumber potasium dan vitamin ini : Pertama, pisang secara teknikalnya merupakan herba dan tergolong dalam keluarga yang sama dengan ‘keluarga botanikal’ seperti pudina dan basil.

Kedua, pada 1950 hampir kesemua spesis pisang didunia hampir pupus akibat Penyakit Panama. Harini hampir kesemua pisang dijual dan dimakan seluruh dunia adalah merupakan waris dari baka Asia yang terselamat dari penyakit tersebut.

5. Memakan Buah Dan Sayur Tidak Memberatkan Badan

Kesemua buah dan sayur adalah kurang dengan kalori, ini adalah sebab mengapa pakai nutrisi dan doktor menyarankan anda untuk mengambil buah dan sayur sebagai snek sihat anda.

Satu bag kentang penuh dengan lemak, minyak dan kalori, namun segenggam lobak tidak mempunyai bahan-bahan diatas. Ia tidak masuk akal meski berapa banyak buah-buahan dan sayuran yang anda makan sebelum kalori mula meningkat, tetap anda tidak perlu risau. Namun terdapat sesetengah buah yang mempunyai kadar gula yang tinggi, jadi jangan terlebih makan buah-buahan yang berkenaan.

6. Brokoli Mempunyai Banyak Protin Berbanding Stik

Kalori untuk kalori, terdapat lebih banyak protin didalam brokoli berbanding stik daging biasa, dan tanpa lemak tepu, anda akan memperoleh semua protin yang anda perlukan yang mampu untuk mengurangkan penyakit kardiovaskular. Jadi jika anda mencuba untuk membesar dan menguatkan otot, brokoli merupakan diet terbaik untuk anda.

7. Sayur Yang Paling Dibenci Di Dunia Merupakan Yang Terbaik

Kubis Brussels terkenal sebagai sayur yang paling kurang sekali dimakan oleh kanak-kanak, bahkan juga oleh orang dewasa.

Ia mungkin disebabkan rasanya yang sedikit pahit atau baunya yang tersendiri membuatkannya memperoleh reputasi yang buruk. Walaubagaimanapun, kubis Brussel merupakan sayur yang paling berkhasiat yang dapat anda cari.

Sayur ini tidak mempunyai lemak, kolestrol dan hanya ada sedikit kalori namun penuh dengan vitamin dan mineral. Namun agak memalukan kerana fakta berkenaan tidak membuatkannya merasa lebih sedap.

8. Kulit Oren Menakjubkan

Seperti yang disebut sebelum ini, kulit pada buah-buahan kadangkala lebih baik dari buah itu sendiri. Kulit oren mempunyai kadar fiber empat kali lebih tinggi berbanding buahnya, dan mengandungi lebih banyak antioksida.

Namun masalahnya adalah agak sukar mencari jalan untuk memakannya. Jalan yang terbaik anda boleh menggunakan kulit oren sebagai perasa makanan, menambahnya kedalam kek atau mencampurkannya ke dalam yogurt.

9. Lada Menggalakkan Pembekuan Darah

Ramai orang yang menggunakannya sebagai rempah dan perasa, lada mampu untuk menggalakkan pembekuan darah dibahagian luka. Menurut sesetengah pakar, anda juga boleh meletakkan serbuk lada pada luka anda dan ia akan bertindak sebagai penutup luka.

10. “Kalori Makanan Negatif” Merupakan Mitos

Anda mungkin dengar dakwaan yang mengatakan sesetengah makanan dan sayur memerlukan lebih kalori untuk penghadaman dari yang ada dalam kandungan, ini bermakna memakannya membuarkan anda kelihatan kurus.

Malangnya perkara ini tidak benar. Meskipun terdapat makanan yang memiliki sedikit kalori, anda hanya membakar kira-kira 10% sehingga 20% dari kalori yang diambil. Manakala memakan dan menghadamnya anda akan membakar 2 kalori sahaja, ini bermakna ada mempunyai lebih 8 kalori.

11. Bawang Ternyata Sangat Menyihatkan

Pasti ia akan membuatkan anda menangis dan juga nafas anda berbau teruk, namun anda patut memaafkan kesan-kesan tersebut. Antara sebab kesan bawang begitu adalah sebab yang sama ia adalah sesuatu yang bagus untuk anda.

Bawang mengandungi lebih dari 100 sebatian sulfida yang mempunyai beberapa manfaat kesihatan seperti menghalang asma dan juga sesetengah kanser. Anda tidak perlu memakannya secara mentah, hanya sebagai sayuran.

12. Nenas Tidak Elok Untuk Deria Rasa Anda

Nenas mengandungi enzim yang dipanggil bromelain yang akan memecahkan protin didalam mulut anda dan juga deria rasa anda. Selepas memakan nenas, langit-langit anda akan kurang sensitif sehinggalah ianya sembuh dalam tempoh sehari.

Nenas masih merupakan buah yang terbaik untuk anda, cuma anda patut kurangkan pengambilan secara segar dan membiarkannya didalam peti sejuk buat seketika sebelum memakannya. Ini akan memberikan sedikit masa untuk enzim tersebut terurai dan hanya akan memberikan kesan lemah.

13. Epal Mampu Membuatkan Anda Berjaga Lebih Lama Berbanding Kopi

Sukar untuk mempercayai fakta ini, jadi anda perlu mencubanya sendiri dan lihat akan kesannya. Jika anda mendapati diri anda kekurangan tenaga selepas tengahari, jadi pertimbangkan untuk memakan epal pada waktu pagi.

Terima kasih kepada kadar karbohidrat, vitamin dan mineral yang tinggi, epal mampu membekalkan nutrisi yang cukup untuk membuatkan anda bertenaga sepanjang hari.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kakinetwork.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here