Bumi ini penuh dengan keajaiban dan misteri. Dari sekecil-kecil makhluk yang dapat bertahan dalam keadaan ekstrem sehinggalah kepada warna hitam yang terlalu gelap sehingga mata anda sebenarnya tidak dapat melihatnya. Banyak perkara aneh dan menarik baik yang dibuat oleh manusia atau dari alam semulajadi.

Berikut merupakan beberapa perkara di dunia ini yang anda mungkin tidak tahu akan kewujudannya.

1. Jerung Goblin. ‘Fosil Hidup’ yang kelihatan seperti hantu.

Jerung Goblin

Ikan Jerung Goblin merupakan spesis hidupan laut dalam yang amat jarang sekali dilihat dan kadangkala digelar sebagai ‘fosil hidup’. Haiwan ini merupakan satu-satunya ahli dalam carta spisis jerung purba Mitsukurinidae yang masih wujud.

Ikan ini terkenal dengan rahangnya yang panjang dan dipenuhi dengan taring seperti paku. Haiwan ini dapat mengesan arus elektrik yang dihasilkan oleh haiwan lain dan menggunakan kelebihan tersebut untuk menangkap mangsanya.

2. Gunung berapa di Indonesia ini memuntahkan lava berwarna biru.

Kawah Ijen

Gunung Berapi Kawah Ijen yang terletak di Indonesia ini dikenali dengan keunikkan lavanya yang keluar berwarna biru dan unggu.

Secara teknikalnya, lava tersebut sendiri. bukanlah berwarna biru. Menurut Majalah Smithsonian, warna yang menarik tersebut timbul daripada kadar gas sulfur yang terlepas pada kadar kuantiti tinggi bersama dengan lava berkenaan. Apabila gas tersebut tersentuh dengan api, ia terus terbakar dengan terang membuatkan lava tersebut kelihatan seperti elektrik.

3. Vantablack merupakan bahan paling gelap sekali dalam alam semesta.

Vantablack

Vantablack merupakan bahan nano yang mempunyai kadar gelap yang lebih banyak berbanding mana-mana bahan lain di dunia ini. Ia dibentuk di United Kingdom oleh Surrey NanoSystems pada 2015 dan ia sebenarnya merupakan koleksi tiub karbon yang ‘tumbuh’ pada tabung uji.

Vantablack menyerap 99.98 peratus cahaya yang mengenai permukaannya. Ini bermaksud bahawa mata manusia secara teknikalnya tidak dapat melihat apa-apa apabila melihat Vantablack, menjadikannya sebagai suatu benda yang menyamai Lubang Hitam.

4. Lintah Biru Laut yang kelihatan seperti makhluk asing.

Lintah Biru Laut

Glaucus Atlanticus merupakan spesis lintah laut yang diberi gelaran ‘malaikat biru’. Haiwan yang cantik ini sangat jarang dijumpai dan ia hanya terdapat dipesisir pantai Afrika Selatan dan Australia sahaja.

Lintah laut ini kelihatan cantik namun sangat berbisa.

‘Malaikat Biru’ ini merupakan haiwan karnivor dan memakan haiwan laut berbisa seperti obor-obor the Portuguese man o’ war. Ia mengumpul bisa dari mangsanya dalam satu sarung dan kemudian menggunakan bisa yang terkumpull tadi untuk membunuh mangsa yang seterusnya.

5. Aerogel kelihatan seperti awan.

Aerogel

Aerogel merupakan material ultra ringan yang diperbuat daripada jel dan gas. Diberi gelaran ‘asap beku’ atau ‘awan pejal’ kerana penampilan uniknya.

Saintis telah mereka berbagai resepi untuk pelbagai jens aerogel, namun kesemuanya berkongsi proses yang sama iaitu kesemua bahan kimia diadukkan dan kemudian dibiarkan sehingga membentuk jel lembab dan kemudian segala cairannya disedut keluar. Hasilnya adalah satu bahan yang berdensiti rendah dan terdiri daripada 99 peratus udara.

Oleh kerana ia diperbuat daripada udara dan udara merupakan konduktor haba yang sangat teruk, meletakkan Aerogel diantara bunga dan api dapat mempertahankan bunga tersebut daripada musnah.

6. Pokok Eucalyptus Pelangi mempunyai kulit yang berwarna seperti gula-gula.

Eucalyptus

Pokok Eucalyptus Deglupta mungkin kelihatan seperti pokok fantasi dari buku Dr. Seuss book, namun ia sebenarnya pokok unik yang tumbuh di Indonesia, Papua New Guinea dan Filipina. Pokok unik ini mempunyai kulit yang berbagai warna antaranya biru cerah, oren, unggu, hijau, dan maron.

Warna yang luarbiasa ini merupakan kesan sampingan daripada pokok ini dalam proses menukar kulit. Menurut Taman Botani Missouri Botanical, sewaktu kulit pokok ini menggelupas, bahagian dalam kulit yang berwarna hijau cerah kelihatan. Bahagian ini lama kelamaan matang dan berubah kepada beberapa warna.

7. Gereje bawah tanah di Colombia yang dibuat sepenuhnya dari garam.

Gereja Garam
Gereja Garam Zipaquirá ini merupakan gereja bawah tanah Roman Katolik yang terletak di Cundinamarca, Colombia, yang digali dari lombong garam pada tahun 1954. Ia sepenuhnya diperbuat daripada garam dan terletak kira-kira 180 meter dari permukaan bumi.

Gereja ini turut menempatkan sebuah tanda salib gergasi yang diperbuat dari garam dan mampu menempatkan 10,000 orang dalam satu-satu masa, meskipun kapasiti ini tidak pernah penuh.

8. Misteri Manuskrip Voynich yang tidak dapat diterjemahkan.

Manuskrip Voynich
Manuskrip Voynich merupakan sebuah manuskrip dari zaman pertengahan yang terdiri daripada 240 halaman muka surat dari bahasa yang tidak diketahui sehingga membingungkan para sarjana untuk memecahkan kod rahsia ini sejak berabad lamanya.

Manuskrip ini dipercayai ditulis sekitar tahun 1404 sehingga 1438. Ia dipenuhi dengan ilustrasi dan diagram yang kelihatan seperti segala benda yang pelik seperti tumbuh-tumbuhan yang luar biasa sehinggalah wanita yang perutnya kembung mandi dalam kolam berwarna hijau.

Segala cubaan untuk menterjemahkan buku tersebut atau mengenalpasti tumbuhan yang digambarkan tersebut telah gagal.

Pada Januari 2018, sekumpulan sainstis komputer dari Kanada mengumumkan bahawa mereka telah mencapai sedikit kejayaan dalam menterjemahkan sebahagian manuskrip tersebut menggunakan ‘Kepintaran Tiruan’ (AI). Walaubagaimanapun, para pengkaji tersebut mengakui bahawa proses seterusnya memerlukan tambahan dari para sarjana.

9. Tempat yang paling sukar untuk dijelajahi di dunia.

Poin Nemo
Poin Nemo merupakan titik yang paling jauh dari daratan dunia. Secara rasminya ia juga dikenali sebagai titik lautan yang tidak dapat diteroka, ia berada di tengah-tengah segitiga antara Pulau Ducie, Motu Nui (sebahagian dari Pulau Easter) dan Pulau Maher yang berdekatan dengan Antartika.

Disebabkan ianya terlalu jauh daripada penempatan manusia, manusia yang paling dekat dengan kawasan berkenaan ialah angkasawan yang berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dengan jarak sebanyak 258 batu (415 kilometer), manakala penempatan terdekat dengan kawasan Poin Nemo berada kira-kira 1,670 batu (1,225 kilometer) jauhnya.

10. Gurun Danakil kelihatan seperti permukaan di planet alien.

Gurun Danakil
Terletak di segitiga Afar, kawasan ini dipenuhi dengan kolam-kolam lava, kolam air panas berwarna neon dan hamparan gampar yang berkelip. Gas beracun pula berlegar disekitar kawasan hidrotermal, dan kebanyakkan kolam yang ada disini dipenuhi dengan asid.

11. Tasik dan sungai bawah tanah di tengah lautan.

Tasik dan sungai
Juga dikenali sebagai kolam brine, tasik bawah tanah ini merupakan sebahagian daripada kawasan air yang mempunyai kadar garam yang kurang berbanding lautan disekitarnya. Air dikawasan ini mempunyai ketumpatan yang lebih berbanding air lain yang lain, dan ia menyebabkan terbentuknya tasik bawah tanah yang kelihatan terpisah dari lautan.

Tasik ini juga mempunya ombaknya yang tersendiri dan kapal selam juga boleh terapung dalam kolam ini sewaktu menyelam ke lantai laut.

Namun begitu, tasik ini mempunyai kadar toksik metana dan hidrogen sulfida yang tinggi, jadi menyelam disini menjadi sangat berbahaya buat manusia.

12. Hidupan terbesar di bumi, kulat.

kulat
Ikan paus, pokok redwood dan gajah semuanya besar, namun bukannya hidupan terbesar berdasarkan keluasan. Anugerah berkenaan hanya dipegang oleh cendawan Armillaria Ostoyae.

Digelar Kulat Humongous, cendawan ini boleh merebak seluast 2,385 ekar di kawasan Hutan Nasional Malheur di Oregon. Para saintis yang menjumpai kulat ini pada 2017 telah menggunakan ujian DNA untuk menentukan bahawa semua bahagian tumbuhan ini sebenarnya merupakan segmen yang berbeza dalam organisma yang sama.

Cendawan gergasi ini kemungkinan telah hidup diantara 2,400 sehingga 8,650 ahun, dan cendawan ini dikatakan agak sedap.

13. Tardigrade merupakan organisma halus yang dapat hidup di angkasa lepas.

Tardigrade
Tardigrade, juga dikenali sebagai beruang air lumut babi, merupakan mikro organisma yang menarik yang dapat bertahan walau apa jua keadaan.

Hidupan ini lebih suka untuk berada di tempat yang lembab seperti lumpur dan lumut, namun menurut majalah Smithsonian, hidupan ini dapat bertahan dalam keadaan sejuk sehingga mencecah -328 darjah Fahrenheit (-200 darjah Celsius) atau panas yang mencecahor 300 darjah Fahrenheit (149 darjah Celsius).

Saintis juga menemui bahawa beruang air ini dapat hidup walaupun terdedah dengan radiasi, cecari mendidih, tekanan 6 kali kedalaman laut dan keadaan vakum angkasa lepas.

14. Terdapat gua di Mexico yang dipenuhi dengan kristal putih.

Cueva de los Cristales
Terdapat gua di Mexico yang dipenuhi dengan menara kristal putih. Dikenali sebagai Cueva de los Cristales atau Gua Kristal, gua yang menakjubkan ini dipenuhi dengan kristal gipsum besar yang membuatkan manusia yang menjelajahinya kelihatan kerdil.

Spot misteri ini hanya dijumpai pada 2000 apabila pelombong mengeringkan air dari lombong zink yang terletak di Naica, Chihuahua.

Struktur yang bergemilapan ini sangat unik sehinggakan saintis tidak dapat menguji umur struktur menggunakan teknik biasa. Namun para pengkaji meyakini bahawa umur kristal ini hampir 50,000 berdasarkan bakteria yang dijumpai pada salah satu kristal berkenaan.

Pada 2017, syarikat perlombongan yang memiliki hak keatas gua berkenaan telah membanjirkan gua tersebut semula.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kakinetwork.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here