Anda mungkin menyangka anda tahu semua tentang badan anda. Lagi pula, andalah yang memberikannya makan, menjaganya, melihatnya dihadapan cermin dan menggunakannya untuk berjalan di dunia ini.

Tetapi adakah anda tahu badan anda mempunyai kekuatan untuk memakan besi? atau setiap kali anda berkelip sebenarnya anda mengambil tidur yang super pantas?

Ya, semua fakta yang dipamerkan yang ditunjukkan ini adalah benar dan bermanfaat kepada anda. Jadi teruskan membaca dan membongkar apa yang hebat tentang diri anda yang tidak anda ketahui.

1. Berkelip Sebenarnya Mikro Tidur

Anda sudah tentu menyangka bahawa berkelip merupakan aktiviti untuk menyegarkan mata atau membuang debu yang memasukinya. Semuanya seperti yang kita jangkakan kerana kita sudah membuatnya sejak mula keluar dari perut ibu kita lagi. Ia sudah tentu tindak balas yang sangat diperlukan badan, namun sebenarnya kita mengelip mata kita.

Menurut fakta hasil kajian Universiti Washington, mengelip mata membantu untuk kita menguatkan tumpuan dan juga menjadi rehat yang sekejap. Jadi badan anda sangat memerlukannya.

2. Mata Besar Menyebabkan Rabun Dekat

Memiliki mata yang besar menyebabkan seseorang itu kelihatan lebih cantik bagi seseorang. Namun ia turut menyebabkan rabu dekat. Dikenali sebagai myopia, keadaan ini disebabkan objek yang agak jauh kelihatan kabu disebabkan cahaya yang tidak cukup sampai ke retina mata.

Jika mata anda membesarkan agak panjang atau besar, cahaya akan fokus agak cepat sebelum sampai ke retina. Ia akan menyebabkan pemandangan kelihatan kabur dan anda memerlukan alat bantu penglihatan, itulah gunanya cermin mata.

3. Rambut Turut Mempunyai Rasa

Laluan hidung dan paru-paru mempunyai rambut yang dipanggil sebagai silia yang boleh mengesan dan menghalang bendasing yang berbahaya untuk badan daripada masuk.

Bagaimana ia dapat mengesan semua itu? Ia dikesan melalui rasa pahit benda yang melaluinya (contohnya Nikotin). Apabila rambut atau silia ini merasa sesuatu yang pahit, ia akan meningkatkan kadar pergerakannya dan cuba untuk membuang bendasing-bendasing itu tadi.

4. Adalah Mustahil Untuk Menggeletek Diri Sendiri

Kawasan cerebellum yang berada dibelakang otak anda bertindak sebagai pusat kawalan bagi bergerak dan menganggarkan sensasi badan yang anda akan rasa jika anda cuba untuk menggeletek diri sendiri.

Ia akan bertindak balas secara berlawanan yang sekaligus mengaktifkan kawasan lain dalam otak anda. Jadi anda tidak mungkin dapat membuatkan diri sendiri tergelak dengan hanya cuba untuk mengusik pinggang anda sendiri.

5. Rambut Anda Membantu Alam Sekitar

Rambut yang kotor boleh jadi baik untuk atmosfera. Ini menurut kajian dari Universiti Sains Dan Teknologi Missouri, rambut menyerap udara yang tercemar dan berhabuk.

Minyak yang terdapat pada kulit kepala menyumbang kepada perkara ini. Jadi jika anda ingin membantu udara disekitar anda menjadi lebih bersih, lupakan pencuci rambut.

6. Manusia Sebenarnya Bercahaya, Cuma Anda Tidak Dapat Melihatnya

Apabila kita bercakap seseorang kelihatan bercahaya, secara literalnya perkara tersebut adalah benar. Kajian mendapati bahawa badan mengeluarkan cahaya yang kelihatan namun ia pada kadar 1000 kali lebih rendah berbanding kemampuan mata kita untuk mengesannya.

Pasukan saintis Jepun yang menggali tentang pperkara ini mendapati bahawa badan kita bercahaya tinggi dan rendah sepanjang hari. Cahaya tersebut kurang pada pukul 10.00 pagi dan tinggi pada pukul 4.00 petang.

7. Asid Perut Boleh Mencernakan Pisau Pencukur

Anda tidak sepatutnya menelan benda ini, namun anda akan terkejut bahawa perut kita sebenarnya boleh menyebabkan pisau cukur reput. Pengkaji dari Hospital Meridia Huron mengkaji kesan cecair asid perut pada objek besi dan mendapati dalam tempoh 24 jam, asid perut tersebut telah mengurangkan pisau pencukur kepada 64 peratus berat asalnya.

8. Bersin Boleh Pergi Sejauh 20 Kaki

Anda mesti terfiir bahawa sebenarnya tidak ada apa-apa jika kesemua orang di dalam MRT atau komuter bersin. Namun anda sebenarnya terdedah dengan bahaya tanpa anda sedarinya.

Kajian video yang dijalankan oleh para pengkaji di Institut MIT mendapati bahawa bersin boleh pergi sejauh 20 kaki. Lebih jauh dari apa yang dipercayai sebelum ini. Di musim COVID-19 ini, anda mungkin perlu lebih berhati-hati.

9. Tahi Telinga Bagus Untuk Anda

Untuk lebih jelas, anda semestinya tidak mahu untuk memakan tahi telinga anda. Tapi benda yang menggelikan itulah yang membantu telinga anda dari terkna jangkitan.

Mengandungi 50 peratus lemak, tahi telinga menyelaputi dalam telinga dan memerangkap habuk dan bahan-bahan untuk membuatkan telinga anda terus sihat, meskipun ianya kelihatan jijik.

10. Anda Kehilangan Hampir 1/3 Tulang Apabila Anda Tua

Menurut buku ‘Mammal Anatomy: An Illustrated Guide’, anda dilahirkan dengan 300 tulang. Namun semakin meningkat umur anda, tulang-tulang ini akan bergabung dan membentuk 206 tulang sehinggalah badan anda berhenti membesar.

11. Rambut Tahu Bila Anda Tidur

Antara benda pelik yang rambut anda mampu lakukan ialah ianya boleh mengesan ritma tidur anda. Pengkaji dari Universiti Yamaguchi mendapati folikel dalam rambut yang kaya dengan sel mengandungi RNA yang mengesan waktu tidur seseorang. Jika anda bangun lewat atau tidur awal, rambut anda akan menunjukkannya.

12. Kuku Manusia Tumbuh Pantas

Jika anda merasa agak kerap memotong kuku dari biasa yang anda lakukan, anda sebenarnya tidak silap. Kajian dari Universiti Carolina Utara membandingkan kajian dari 70 dan 50 tahun dahulu mendapati badan kita membesar pada kadar lebih pantas berbanding dahulu.

Seperti contoh ibu jari kaki membesar lebih 2mm sebulan berbanding 1.65mm sebulan pada tahun 1930-an. Apakah sebabnya? Menurut para pengkaji ia disebabkan corak pemakanan yang sudah berubah dan pengambilan diet yang kaya dengan protin.

13. Deria Rasa Akan Kurang Sensitif Apabila Tua

Air kopi sememangnya sedap, namun semakin kita tua semakin kurang kita dapat menghargai kesedapannya. Seperti deria penglihatan dan pendengara, ia juga akan semakin kurang berkesan apabila kita meningkat usia.

Ini kerana apabila anda semakin tua, deria rasa anda akan pulih dengan semakin lambat jika ada luka atau disebabkan ubat-ubatan yang anda ambil. Dan berita buruk buat para wanita, anda secara umumnya akan mengalami pengalaman penyusutan sensitiviti rasa bermula dari awal 50-an manakala lelaki biasanya hanya akan mengalami keadaan berkenaan bermula umur 60.

14. Anda Mempunyai Satu Jenis Cap Jari Yang Unik

Cap jari anda unik sama seperti anda. Menurut kajian yang dijalankan oleh Kolej Pergigian Thai Moogambigai pengesanan biometrik boleh dilakukan untuk membezakan bentuk individu (panjang atau pendek, lebar atau nipis) dan tekstur (berkedut dan parut) dengan perincian khusus dan dipetakan dengan alat pengesan muka.

15. Usus Anda Empat Kali Lebih Panjang Daripada Anda

Anda mungkin tidak mengetahui bahawa usus anda lebih panjang daripada badan anda sendiri. Usus kecil anda berukuran 18 ke 23 kaki panjang. Ini bermakna jika anda meregangkannya, ia akan memanjanga hampir empat kali lebih panjang dari badan anda.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kakinetwork.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here