COVID-19 merupakan penyakit yang disebabkan oleh koronavirus yang baru (SARS-CoV-2) dan berterusan tersebar diseluruh dunia dengan kadar peningkatan yang sangat pantas.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengistiharkan wabak ini sebagai pandemik iaitu suatu keadaan dimana sesuatu wabak telah berada hampir dikebanyakkan tempat dan ramai orang telah dijangkiti dengan penyakit ini.
Menurut WHO juga, terdapat lebih daripada 130,000 kes yang telah dikenalpasti berkenaan COVID-19 dan setakat ini sudah lebih daripada 5,000 telah maut akibat penyakit ini.
Ia sekaligus menjadikannya sebagai penyakit akibat virus yang lebih berbahaya berbanding pandemik Penyakit Penafasan Akut Yang Teruk (SARS) yang berlaku pada tahun 2002 dan 2003.
Pihak berkuasa dihampir seluruh dunia telah mengambil langkah seperti penutupan kawasan, larangan perjalanan dan kuarantin bagi mengekang penularan wabak ini.
COVID-19 merupakan sejenis virus baru yang para saintis tidak pernah lihat sebelum ini. Seperti virus lain termasuk Ebola (satu penyakit berjangkit yang berasal dari Afrika) dan influenza, ianya dipercayai berasal daripada binatang dan kemudian berjangkit ke manusia.
Penyakit yang berasal dari binatang ke manusia ini dipercayai merebak di kawasan pasar yang menjual haiwan liar, esotik dan masih hidup di Wuhan, China. Ini kerana permintaan terhadap makanan pelik yang semakin meningkat di China turut dipercayai merupakan penyebab kenapa banyak virus yang membawa maut sering wujud di negara ini.
Para saintis dan pegawai kesihatan awam masih berkerja bagi mencari jawapan kepada tahap bahaya dan kadar perebakan penyakit ini. Berikut merupakan 5 perkara yang anda patut tahun berkenaan wabak coronavirus ini.
1. Informasi Berkenaan COVID-19 Masih Belum Lengkap
Menurut kepada CDC (Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit), laporan sakit akibat virus ini sangat ringan (bahkan ada yang dilaporkan tidak menunjukkan sebarang simtom atau tanda sakit) kepada teruk, ini termasuklah kesakitan yang membawa kematian.
Orang tua dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan dilihat antara golongan yang berisiko tinggi untuk mengalami sakit yang serius. Namun sehingga kini Doktor masih belum mendapat gambaran penuh berkenaan penyakit COVID-19 ini.
“Saya fikir bahawa terdapat dua persoalan”, kata Dr Richard Martinello pakar penyakit berjangkit dan pengarah perubatan untuk kawalan penyakit berjangkit dari dari Yale New Haven Health. “Pertama kita perlu tahu bagaimana virus ini berjangkit diantara manusia jadi dengan itu kita dapat menjalankan usaha yang lebih tepat dalam menghalang ia dari terus merebak.
Kedua, terdapat keperluan untuk kita lebih memahami patogen yang membawa penyakit ini dan kesan pada tubuh seseorang yang terjangkit virus ini, dengan itu pengetahun tersebut dapat membina ubat yang mampu menghalang virus berkenaan.”
Satu soalan yang kerap muncul berkenaan penyakit ini adalah bagaimana untuk membezakan COVID-19 dengan selsema biasa. Satu perbezaan utama adalah COVID-19 merupakan penyakit yang sangat baru dan masyarakat tidak mempunyai imuniti daripada penyakit ini.
“Sementara ramai orang diseluruh dunia telah mendapat imuniti dari penyakit yang dibawa oleh selsema biasa, COVID-19 pula merupakan satu virus baru dan tiada seorang pun yang mempunyai imuniti dari dijangkiti virus ini.
Ini bermaksud ramai orang mudah untuk terkena virus ini dengan sesetengah dari mereka akan mengalami gejala sakit yang teruk akibat jangkitan ini,” kata Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu sidang media pada 3 Mac lalu.
Kita mempunyai vaksin dan ubat untuk merawat selsema biasa, namun buat masa ini tidak sebarang vaksin dan rawatan khusus bagi penyakit yang disebabkan oleh jangkitan COVID-19.
Terdapat pelbagai cara untuk belajar dan mengkaji bagaimana COVID-19 merebak dan seberapa teruk perebakkannya itu. “Data diperlukan bukan sahaja untuk lebih memahami apabila seseorang sakit disebabkan virus tersebut, ia turut diperlukan untuk mengenalpasti bahagian cecari badan mana yang mengandungi virus dan bagaimana virus tersebut bolrh mencemarkan permukaan bahkan udara disekitar mereka,” kata Dr. Martinello.
2. Pakar Mengambil Langkah Untuk Mengurangkan Jangkitan
Meskipun China telah melaporkan terdapat pengurangan jumlah kes baru, namun jumlah bilangan kes didalam negara berkenaan terus meningkat bersama jumlah kematian yang masih lagi tinggi.
Ia turut melibatkan jumlah kes import yang dikesan dari para pelancong, mereka yang berhubungan rapat dengan pesakit dan lain-lain sebab. Ini bermaksud tidak dapat dikenalpasti punca sebenar jangkitan ini.
Kajian menyeluruh di klinik-klinik swasta sangat penting bagi memahami bagaimana jangkitan ini berlaku dan menilai kadar jangkitan serta kematian yang tepat. Ia sebagai tambahan kepada pengesanan COVID-19 yang dijalankan di CDC Amerika Syarikat dengan makmal kesihatan awam diseluruh 50 negeri di Amerika Syarikat yang ketika ini menggunakan kit kajian yang dibekalkan oleh pihak CDC, meskipun sehingga kini bilangan ujian yang dibenarkan agak terhad.
Sehingga terdapat cara yang lebih komprehensif untuk menguji COVID-19, adalah sukar untuk menilai sebanyak mana kes yang tidak dapat dikenalpasti. “Ujian wabak sangat terhad di Connecticut,” kata Dr Manisha Juthani dari Yale Medicine infectious. “Keadaan ini diharap berubah, namun ujian ini diutamakan kepada mereka yang mengalami gejala sakit sahaja”.
Sementara itu, para doktor di Amerika Syarikat sedang mencipta virus baru. “Dengan virus baru didalam bekas kultur, mereka akan mengkaji struktur biologi virus berkenaan dan mencipta ubat yang mampu mengubati penyakit yang datang dari virus berkenaan,” kata Dr Joseph Vinetz yang juga pakar penyakit berjangkit dari Yale Medicine.
Terdapat juga usaha untuk mencuba ubatan yang sedang dalam pembangunan (serta ubatan yang sudah ada dipasaran) untuk mengenalpasti jika ianya sesuai bagi merawat pesakit yang menghidapi penyakit COVID-19 ini, tambah Dr. Martinello.
3. Jika Anda Rasa Tidak Sihat, Ini Perkara Yang Ada Patut Lakukan
Sehingga kini, informasi berkenaan tahap keterukan akibat jangkitan COVID-19 adalah dari sangat ringan kepada sangat teruk sehingga perlu mendapat rawatan di hospital.
Simtom atau gejala akan mula muncul diantara 2 sehingga 14 hari dari masa bermulanya jangkitan tersebut. Anda harus menghubungi Pejabat Kesihatan terdekat dengan anda jika ada merupakan individu yang pernah berhubung dengan seseorang yang dijangkiti COVID-19 atau tinggal dikawasan wabak ini sedang merebak atau jika anda mengalami gejala seperti berikut :
- Demam
- Batuk
- Sakit tekak
- hidung berair
- Kesukaran bernafas
Pergi ke hospital dengan kadar segera jika anda mengalami tanda-tanda kecemasan termasuklahh kesukaran untuk bernafas, sakit dan merasa tekanan di dada, merasa pening, bibir dan muka pucat.
Susulan penularan virus Koronavirus (COVID-19) yang semakin membimbangkan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan situasi itu sebagai pandemik.
Apa itu pandemik? Untuk memahami apakah maksud di sebalik terma itu, berikut penjelasan makna di sebalik tiga terma yang menggambarkan situasi penularan wabak iaitu pandemik, endemik dan epidemik.
Pandemik. Istilah pandemik merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan tidak terhad kepada sesuatu komuniti atau daerah semata-mata. Wabak ini akan mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua atau mungkin juga seluruh dunia jika dibiarkan melarat.
Pandemik bermula daripada penularan wabak di peringkat epidemik yang merebak secara meluas sehingga tidak dapat dikawal dan mampu membunuh ramai orang dalam masa singkat.
Selain itu, kita juga perlu memahami sekiranya sesuatu wabak itu berada pada peringkat endemik dan menyerang satu negara misalnya, tetapi berada dalam keadaan terkawal, wabak itu tidak akan dikategorikan sebagai satu pandemik.
Antara pandemik yang pernah berlaku adalah wabak Antonine, wabak Jusne serta ‘The Black Death’ yang dipercayai membunuh puluhan juta orang sekitar abad ke 14.
Pada ketika ini, satu-satunya pandemik yang sedang berlaku adalah penyakit HIV/AIDS yang diramalkan mampu mengorbankan sehingga 100 juta orang pada tahun 2025 kelak.
Selain itu, krisis Koronavirus (COVID-19) yang menghantui seluruh negara ketika ini juga telah diklasifikasikan sebagai penularan wabak pandemik oleh WHO.
Endemik. Endemik merujuk kepada penyakit atau wabak yang sentiasa wujud di sesuatu kawasan atau daerah tertentu. Ini termasuk penularan wabak dalam skop yang lebih besar seperti melibatkan sebuah negara.
Perkara ini juga membawa makna kepunyaan atau berasal daripada sekumpulan manusia di sesuatu tempat tertentu. Penyakit malaria yang menyerang kawasan-kawasan di benua Afrika satu ketika dulu adalah antara endemik yang mengancam dunia.
Tiga negara dalam dunia yang merekodkan wabak endemik paling tinggi adalah Republik Congo, Madagascar dan juga Peru. Endemik lain yang tercatat dalam sejarah termasuk penyakit demam kuning dan malaria di Congo; wabak bubonik di Madagascar; dan wabak demam kuning, malaria dan demam denggi di Peru.
Epidemik. Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), epidemik membawa maksud penyakit berjangkit yang mudah merebak dalam kalangan penduduk sesuatu kawasan pada waktu yang sama.
Epidemik juga membawa maksud wabak yang menyerang sekumpulan manusia atau komuniti. Terma ini digunakan sekitar tahun 1600 apabila berlakunya wabak dalam kelompok komuniti membabitkan orang Greek dan istilah itu masih kekal sehingga hari ini.
Contoh wabak epidemik yang melanda negara kita ialah serangan virus nipah yang berpunca dari babi dan seterusnya menyerang komuniti di daerah Kinta, Perak dan Negeri Sembilan pada tahun 1998.
