Segitiga Bermuda, merupakan satu kawasan lautan luas yang terletak di Lautan Atlantik diantara Puerto Rico, Bermuda, dan kepulauan Miami dan kawasan ini terkenal dengan kisah m1steri melibatkan [email protected] serta [email protected] lebih 8,000 [email protected] sejak pertengahan kurun ke-19.

Meskipun angka sebenar tidak diketahui, namun sekurang-kurangnya 50 kapal dan 20 kapal terbang telah dilaporkan [email protected] didalam Segitiga ini tanpa meninggalkan apa-apa kesan.

Segitiga Bermuda telah menjadi bahan berkenaan legenda, mitos bahkan [email protected] atas segala perkara pel1k yang pernah berlaku disini. Berikut kami terangkan berkenaan perkara-perkara besar yang pernah terjadi dikawasan ini sehingga membingungkan ramai pihak.

Ada Yang Menggelarnya Segitiga [email protected]

Ada yang menggelarnya Lombo yang hilang atau Lautan Hoodo bahkan ada yang memanggilnya Segitiga [email protected] Tapi kepada ramai orang, ia adalah Segitiga Bermuda, kawasan yang terkenal menelan kapal dan menghilangkan kapal terbang.

Selama berkurun lamanya Segitiga Bermuda ini ditakuti oleh pelayar kerana kisah mist1k dimana pelaut atau juruterbang kehilangan hubungan dengan dunia dan kemudian hilang buat selama-lamanya.

Meskipun kerajaan Amerika Syarikat tidak mengiktiraf akan kewujudan Segitiga Bermuda sebagai satu kawasan yang mempunyai masalah mahupun [email protected] terhadap laluan kapal dan kapal terbang, lagenda yang sudah sebati dengan kawasan ini pastinya membuatkan para pelaut dan kapten kapal terbang merasa gerun andai terpaksa melalui berdekatan dengan segitiga ini.

Kami rungkaikan satu persatu sejarah berkenaan Segitiga ini dan kisah yang paling menarik berkenaan dengannya:

Segitiga Bermuda, dan juga kawasan laut disekitarnya telah popular dengan mitos selama berabad lamanya. Ada sesetengah yang percaya bahawa sajak William Shakespeare iaitu “The Tempest” adalah berdasarkan kisah s1hir dan kapal karam dikawasan ini.

Pada 1609, Laksamana Somers telah mendaratkan kapalnya yang bernama Bermuda disebuah pulau yang tidak diketahui kedudukannya. Laksamana Sir George Somers (1554-1610) merupakan pengasas kepada koloni Inggeris Bermuda, dan kisah kapalnya yang karam menjadi inspirasi kepada kisah-kisah yang seterusnya.

Apabila Christopher Columbus melalui kawasan Segitiga Bermuda dalam perjalanannya dari Sepanyol ke dunia baru (Amerika), beliau melaporkan terlihat @pi menyambar keluar dari laut dan kemudian beliau terlihat cahaya yang @neh di ufuk dalam jarak beberapa minggu kemudian.

Pada 1881, legenda mengatakan bahawa Ellen Austin, sebuah kapal yang berlayar dari Liverpool ke New York, terserempak dengan ‘kapal [email protected]’ di segitiga Bermuda, dan keadaan mula menjadi semakin pelik.

Dan kemudian sewaktu kapal Ellen Austin menghampiri kawasan berkabus di Lautan Sargasso (kawasan di Lautan Antlantik yang berhampiran segitiga Bermuda), kru kapal Ellen Austin mendapati terdapat sebuah kapal yang penuh dengan barang namun tiada kru kapal tersebut.

Melihat ini sebagai peluang untuk merampas kargo yang bernilai tersebut, kapten kapal Ellen Austin kemudian menghantar beberapa orang krunya untuk mengambil dan kemudian membawa kapal yang ditinggalkan itu berlayar bersama-sama kapal Ellen Austin bagi menuju ke destinasi yang seterusnya.

Namun kemudian berlakunya ribut yang menyebabkan dua kapal ini terpisah, dan kemudian kapal tersebut berjaya ditemui semula keesokkan harinya, namun tiada kesan kru dalam kapal tersebut.

Kapal tersebut dijumpai ditinggalkan dalam keadaan yang penuh dengan kargo bernilai seperti sebelumnya, justeru itu kapten kapal Ellen Austin cuba untuk menaiki kapal itu sekali lagi.

Apabila kru kapal Ellen Austin menaiki kapal tinggal tersebut buat kali kedua, tiba-tiba kabus tebal menyelubungi kapal dan memisahkan dua kapal ini kembali. Apabila kabus ini, kapal ‘[email protected]’ ini terus hilang buat selama-lamanya. Kisah ini merupakan kisah hangat dalam dada akhbar pada masa itu.

Pada tahun 1895, Joshua Slocum, manusia pertama yang berlayar secara solo mengelilingi dunia hilang dalam pelayarannya dari Martha Vineyard ke Amerika Selatan.

Slocum tidak dijangka akan hilang dilaut, kerana beliau merupakan pelaut yang berpengalaman dan disebabkan itu kehilangannya segera dikaitkan dengan misteri Segitiga Bermuda.

Pada 1918 pula, kapal perang terpantas Tentera Laut Amerika Syarikat pada masa itu, USS Cyclops telah hilang sewaktu dalam pelayaran dari Caribbean ke Baltimore bersama 309 ahli kru dan tidak meninggalkan sebarang jejak.

Meskipun dilengkapi dengan alat amaran dan signal, USS Cyclops tidak memberikan sebarang amaran berkenaan apa yang terjadi sewaktu berada di tengah laut. Kapal lagenda ini yang sewaktu Perang Dunia Pertama menghantar bantuan dan membawa beribu tan bijih manganes, hilang begitu sahaja tanpa kesan.

Kemudian keluar teori berkenaan pemberontakan, ribut, [email protected] dan [email protected] torpedo mula berlegar, namun tidak ada daripadanya yang masuk akal.

Jika kapal tersebut karam, dimanakah kesan bangkainya? Kenapa tiada panggilan kecemasan? Adakah kapal tersebut ditawan apabila kehabisan minyak selepas menempuhi pelayaran yang jauh?.

Sebaliknya, orang ramai mula memikirkan tentang makhluk misteri seperti sotong kurita gergasi dan pelbagai lagi perkara pelik berkaitan Segitiga Bermuda, menurut Washington Post.

“Tidak ada m1steri yang menyelubungi Tentera Laut A.S. sehinggalah kehilangan U.S.S. Cyclops pada Mac yang lalu,” tulis Setiausaha Tentera Laut Amerika Syarikat pada 1919.

Seterusnya pada 1941, kapal Tentera Laut Amerika Syarikat bernama USS Proteus yang sedang membawa 58 penumpang dan kargo bijih dari St. Thomas ke Pantai Timur Amerika tiba-tiba hilang di Segitiga Bermuda.

Sebulan kemudian, USS Nereus yang merupakan kapal kembar kepada USS Proteus hilang dengan tiba-tiba bersama 60 orang dilaluan yang sama dilalui oleh USS Proteus.

Pada 1945, legenda Segitiga Bermuda menjadi semakin hangat apabila 5 kapal terbang pengeb0m torpedo TBM Avenger yang berlepas dari pengkalan laut di Ft. Lauderdale, Florida kemudiannya hilang di tengah Lautan Atlantik sebelum sempat menyelesaikan misi mereka.

“Penerbangan 19” ini dijadual untuk melengkapkan 3 jam latihan pengeboman dan kemudian terbang melintasi Kepulauan Bahamas sebelum pulang ke pengkalan.

Namun dalam penerbangan tersebut, ketua penerbangan Leftenan Charles C. Taylor menjadi cemas apabila kompasnya tiba-tiba tidak berfungsi dan beliau percaya mereka telah terbang kearah yang salah.

Beliau kemudian mengarahkan kapal-kapal terbang yang lain untuk terbang ke arah timur laut (beliau percaya itu arah yang tepat menuju Florida, namun mereka hanya pergi lebih jauh ke tengah Lautan Atlantik).

Apabila kapal terbang semakin menghampiri Segitiga Bermuda, signal mereka semakin kabur. Kemudian segala perhubungan terputus dan kapal-kapal terbang tersebut tidak lagi kelihatan.

Dalam rekod penerbangan terakhir berkenaan lokasi terakhir mereka, seorang juruterbang melaporkan : “Segalanya kelihatan pelik, bahkan lautan juga kelihatan begitu”.

Dan kemudian beliau berkata: “Kelihatan seperti kami memasuki lautan putih.. Kami benar-benar sesat.” Kehilangan Penerbangan 19 ini sangat membingungkan sehinggakan laporan rasmi Tentera Laut Amerika menyatakan “seperti mereka terbang ke Marikh”.

Pada 1948, sebuah kapal terbang komersial DC-3 Commercial hilang sewaku melalui kawasan Segitiga Bermuda bersama 29 penumpang dan 2 anak kapal menuju ke Miami.

50 batu sebelum tiba di bandar tersebut, kapten kapal terbang Kapten Robert Lindquist menghantar laporan ke Lapangan Terbang Miami bagi mendapatkan arahan untuk mendarat. Namun radio tersebut tiba-tiba senyap, dan kapal terbang tersebut tidak lagi kelihatan buat selamanya.

Pada tahun yang sama, sebuah kapal terbang British Avro Tudor yang terkenal dengan jolokan “Star Tiger” hilang di Segitiga Bermuda tanpa kesan. Dua puluh lima penumpang dan enam anak kapal berada dalam kapal terbang berkenaan, dan tiada serpihan atau informasi yang ditemui.

Menurut Berita BBC, laporan rasmi menyimpulkan bahawa, ” Apa yang berlaku ini tidak akan diketahui dan nasib Star Tiger akan kekal sebagai misteri yang tidak dapat dirungkai.”

Setahun kemudian pada 1949, sebuah kapal terbang G-AGRE yang digelar “Star Ariel” berlepas dari Bermuda ke Kingston, Jamaica. Namun kapal terbang tersebut tiba-tiba terputus hubungan apabila bertukar ke frekuensi Kingston diatas Segitiga Bermuda.

Meskipun cuaca baik dan penerbangan tersebut mengikut jejak yang sepatutnya, kapal terbang tersebut hilang buat selamanya tanpa sebarang kesan yang ditinggalkan.

Dalam tahun 1963, SS Marine Sulphur Queen, sebuah kapal tangki besar yang membawa 39 penumpang dan kargo sulfur kali terakhir dilihat berada di pantai berhampiran Florida.

Selepas dua minggu kerja mencari dan menyelamat, pasukan penyelamat hanya menjumpai beberapa serpihan dan jaket keselamatan sahaja. Ini merupakan perkara yang sangat membingungkan ramai para pegawai atasan.

Frasa ‘Segitiga Bermuda’ secara rasminya digunakan oleh Vincent Gaddis pada 1964 dalam sebuah majalah yang bertajuk “Segitiga Bermuda Yang [email protected]”. Dalam majalah ini Gaddis menceritkan beberapa misteri berkenaan Segitiga ini, dan membawa teori bahawa lautan ini merupakan zon yang berbahaya.

Pada tahun 1967, penumpang kapal kargo Sylvia L. Ossa menjadi mangsa Segitiga ini apabila kapal tersebut tiba-tiba ghaib bersama 37 orang penumpang. Meskipun serpihan jaket dan bot penyelamat ditemui, kapal tersebut tidak lagi dapat dikesan.

Seterusnya pada 1978, seorang juruterbang berpengalaman bernama Irving Rivers berlepas dari US Virgin Islands dalam penerbangan solo untuk mengambil penumpang di St. Thomas.

Cuaca dalam keadaan tenang dan Irving Rivers hanya kurang sebatu dari tempat mendarat apabila lampu signalnya tiba-tiba hilang dari radar. Pasukan menyelamat dihantar untuk mencari, namun beliau dan kapalterbangnya tidak dapat ditemui.

Dalam tahun 1984, sebuah kapal terbang Cessna berlepas daripada Fort Lauderdale dan dalam perjalanan menuju ke Bahamas, tiba-tiba signal kapal terbang tersebut hilang dari radar sebelum jatuh ke dalam laut.

Tiada signal radio dihantar dan terdapat seorang wanita melihat sebuah kapal terbang menjunam ke dalam laut. Tiada serpihan daripada kapal terbang ini yang dijumpai.

Teori berkenaan Segitiga Bermuda sudah berlarutan selama berdekad lamanya. Ada yang mencadangkan bahawa m1steri Segitiga ini adalah disebabkan aktiviti mahkluk @sing. Ada juga yang mempercayai bahawa ianya berpunca dari kuasa yang datang dari bandar bawah laut Atlantis.

Namun kisah Segitiga Bermuda terbukti lebih kepada fiksyen berbanding fakta. Kerajaan Amerika Syarikat tidak pernah mengiktiraf kawasan ini sebagai satu tempat yang tidak selamat.

Para saintis menjangkakan bahawa kehilangan tersebut berlaku disebabkan perubahan cuaca yang kerap, kawasan air yang cetek dan pelepasan gas metana dari lantai laut.

Pada 31 Januari 2020, bangkai kapal SS Cotopaxi telah dijumpai berhampiran pantai Florida. Para pengkaji menjalankan kajian terhadap [email protected] kapal ini yang telah hilang selama hampir 100 tahun dulu.

Ramai yang mempercayai kehilangan kapal ini pada 1925 disebabkan alasan m1steri berkaitan dengan Segitiga Bermuda. Jumpaan tersebut akhirnya membawa kepada tamatnya teori tersebut.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kakinetwork.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here