Lelaki ini adalah bernama Manoharan yang lahir dalam tahun 1981 dan berasal dari India. Apa yang dilakukan beliau mungkin akan melahirkan rasa yang tidak senang buat sesetengah pihak.

Beliau gemar untuk memasukkan ular ke dalam hidungnya dan dikeluarkan melalui mulutnya. Ular yang dimasukkan selalunya bersaiz kecil yang muat untuk dimasukkan ke dalam lubang hidung.

Manoharan mendapati bahawa anak ular atau ular yang nipis lebih mudah untuk dimasukkan ke dalam hidung dan menarik keluar melalui mulut sehinggakan beliau digelar dengan nama Snake Manu.

Pihak Guinness Book of Records juga telah menobatkan beliau sebagai pemegang rekod untuk hobi pelik ini dan beliau juga memegang satu lagi rekod untuk makan 200 ekor cacing sepanjang 10 cm tanah hidup dalam masa 30 saat.

Hobi Manoharan Bermain Ular Dengan Gaya Pelik

Snake Manu dikatakan bermula dengan menggunakan kapur di sekolah hanya kerana untuk menghiburkan rakan-rakannya. Kapur tulis dimasukkan ke dalam hidung dan dikeluarkan melalui mulut. Begitulah permulaannya.

Hobi Manoharan Bermain Ular Dengan Gaya Pelik

Ketika berusia 18 tahun, beliau mula menggunakan ular untuk menggantikan kapur tulis. Menurutnya, cubaan pertama dengan menggunakan ular, ular tersebut hampir setengah mati.

Hobi Manoharan Bermain Ular Dengan Gaya Pelik

Menurut Manoharan, ular kegemarannya adalah anak ular senduk kerana ia beracun dan pantas serta menambahkan risiko. Entah apa yang difikirkan oleh lelaki ini yang gemarkan cabaran pelik-pelik.

Pernah juga berlaku peristiwa yang mana beliau tergigit ular yang sedang digunakan untuk buat aksi seperti ini. Hal ini kerana sewaktu kepala ular itu sedang tersekat dalam trakea dan untuk elak digigit oleh ular tersebut, jadi beliau terpaksa mengambil keputusan untuk menggigitnya.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kakinetwork.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here