Mendapatkan bilik hotel yang berharga USD1 untuk 1 malam boleh dianggap sebagai satu tawaran yang hampir mustahil untuk dicari di mana-mana hotel yang ada di seluruh dunia.

Namun ada sebuah hotel di Jepun ada tawarkan bilik dengan harga USD1 untuk 1 malam kepada pelanggannya dengan syarat bilik pelanggan akan sentiasa ditayangkan secara langsung ke channel YouTube mereka sepanjang masa.

Pelancong yang datang ke bandar Fukuoka di Jepun boleh dapatkan tawaran hebat One Dollar Hotel ini jika anda tidak kisah tentang privasi anda sedang berehat di bilik anda.

Hotel Serendah USD1 Di Jepun Tapi Bilik Dirakam Live Ke YouTube

Ia tidaklah seteruk yang disangkakan dengan harga yang ditawarkan walaupun bilik yang dapat kita lihat dalam gambar ini nampak kecil sehinggakan pelanggan yang datang tidak ada ruang pun hendak bersembunyi.

Hotel Serendah USD1 Di Jepun Tapi Bilik Dirakam Live Ke YouTube

Siaran langsung yang dirakam tidak didatangi rakaman audio kerana untuk mengelakkan pelanggaran hak cipta untuk muzik yang boleh didengar dari TV dalam bilik atau muzik yang dipasang oleh pelanggan.

Hotel Serendah USD1 Di Jepun Tapi Bilik Dirakam Live Ke YouTube

Tawaran aneh ini sebenarnya untuk bilik yang terhad sahaja. Harga untuk bilik biasa adalah setanding dengan harga bilik hotel biasa yang lain di luar sana.

Ini sebenarnya adalah teknik marketing pengurusan hotel yang menarik untuk mendapatkan pendedahan serta tarikan pelanggan ke hotel mereka. Sudah pasti mereka tidak dapat menjana wang dengan mengenakan harga USD1 untuk 1 malam kepada pelanggan mereka.

Jika anda ingin ke Fukuoka dan memerlukan tempat tinggal yang murah untuk bermalam, anda boleh ke Kiyokawa Chuouku Fukuoka untuk mencari One Dollar Hotel ini dan bermalam dengan tidak tenang kerana 1 dunia sedang melihat kelakuan anda.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kakinetwork.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here