Ikan yang berupa makhluk asing ini banyak boleh di dapati dalam lumpur di laut Ariake yang terletak di Jepun. Walaupun ia kelihatan pelik dan jijik, namun ini adalah satu satu makanan kegemaran buat orang Jepun.

Warasubo iaitu ikan seakan belut menjadi permintaan yang tinggi oleh masyarakat di Jepun kerana kelazatannya walaupun sekali pandang, ia seakan-akan makhluk asing dalam filem fiksyen makhluk asing.

Warasubo nampak lebih menakutkan apabila ia dalam bentuk kering (ikan kering) untuk disimpan lebih lama. Ia kebiasaannya dimakan bersama-sama dengan ramen dan makanan Jepun yang lain.

Ikan Alien, Santapan Warga Jepun
Ikan Alien, Santapan Warga Jepun

Ikan Warasubo dimakan dengan cara sama ada dipanggang atau kering. Ada juga yang menjadikannya dalam bentuk serbuk dan dijadikan sebagai perencah utama dalam masakan terutamanya dalam sup.

Kewujudan warasubo sebenarnya membantu meningkatkan sektor pelancongan di kawasan tersebut sehinggakan ada filem promosi pendek yang menggambarkan belut yang kelihatan menakutkan makhluk misteri.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kakinetwork.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here