Dalam pertengahan tahun 2019, Vollebak yang merupakan sebuah jenama dari Belanda telah melancarkan pakaian yang didakwa sebagai jaket yang paling tahan lasak di dunia.

Jaket yang didakwa paling tahan lasak di dunia ini dibuat dengan 100% dyneema iaitu fiber yang paling kuat diketahui oleh manusia dan dikatakan jaket tersebut mampu untuk tahan apa sahaja tekanan yang diterima.

Jenama Vollebak ini cukup terkenal dengan mencipta pelbagai pakaian sukan yang unik serta canggih selama bertahun-tahun. Mereka adalah jenama yang cukup terkenal di Belanda.

Sebelum ini, Vollebak telah mengeluarkan hoodie yang hampir tidak dapat dihancurkan dan sepasang seluar yang direka untuk bertahan sekurang-kurangnya 100 tahun.

Berbalik kepada jaket ini, lapisan luarnya dikatakan 15 kali lebih kuat daripada keluli dan 40% lebih kuat daripada gentian aramid berkekuatan tinggi yang menjadikannya tidak menimbulkan risiko serangan yang boleh akibatkan trauma.

Jaket Paling Tahan Lasak Di Dunia

Bahan yang digunakan untuk membuat jaket ini sangat kuat yang mana pada asasnya bahan tersebut digunakan untuk perisai kenderaan, baju perisai, sistem tambatan untuk kapal kontena dan tali yang digunakan untuk mengikat rig minyak di laut yang bergelora serta berais.

Sewaktu dalam ujian awal, garisan tambalan yang sangat kuat sehinggakan mereka secara tidak sengaja telah memecahkan mesin pengujian dan jaket hebat ini mampu untuk menghentikan peluru dari Kalashnikov.

Jaket Paling Tahan Lasak Di Dunia

Kebanyakan jaket direka untuk menjadi ringan, jadi lapisan luar dibuat daripada poliester dan nilon yang mana ia sangat mudah luntur dan mudah rosak diamah usia.

Walaupun jaket versi jenama Vollebak yang diliputi 100% dyneema ini seberat 2.5 kilogram, namun ia tidak akan terputus selepas bertahun-tahun dan mungkin akan bertahan lebih 40 tahun hingga 50 tahun lamanya.

Jaket Paling Tahan Lasak Di Dunia

Satu perkara yang menarik mengenai jaket ini lagi adalah ia tidak dapat ditembusi dan secara tidak langsung ia dapat memberikan perlindungan kepada badan si pemakai.

Selain itu, jaket ini juga akan menjadi semakin kuat sehingga 10% apabila suhu persekitaran turun ke -50C. Semakin rendah suhu persekitaran, jaket ini akan menjadi semakin kuat.

Harga? Ianya cukup mahal dengan nilai USD995 yang mana ia mampu untuk menjadi perlindungan terhadap badan si pemakai. Namun walaupun begitu, si pemakai tetap akan terkena kesan lebam kerana strukturnya yang lentur jika terkena tekanan kuat seperti tembakan.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kakinetwork.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here