Kolam renang terbesar di dunia ini mempunyai lebar 1,013 meter (3,324 kaki) dengan keluasan sebesar 8 hektar (19.77 ekar). Kolam renang ini terletak di resort San Alfonso del Mar di Algarrobo, Chile.

Dengan keluasan yang terbesar di dunia, ia secara tidak langsung telah disenaraikan secara rasmi sebagai kolam renang terbesar di dunia mengikut kawasan di Guinness Book of World Records pada Disember 2006.

Kolam renang ini mengandungi 250 juta liter (66 juta gelen) air dan ia bersamaan dengan 6,000 kolam renang kecil bersaiz 8 meter. Sudah pasti lokasi menarik ini telah menjadi salah satu tarikan pelancong utama dan destinasi popular buat Chile.

Kolam Renang Terbesar di Dunia Kolam Renang Terbesar di Dunia

Menariknya, kolam renang di resort San Alfonso del Mar ini dibuat di tepi persisiran pantai dan di belakang resort. Permandangan di sana cukup indah sekali dan sudah pasti anda akan terpukau dengan keindahannya.

Kolam Renang Terbesar di Dunia Kolam Renang Terbesar di Dunia

Dalam tahun 1997, Fernando Fischmann yang merupakan pengerusi dan pengasas projek ini telah memutuskan untuk membangunkan sebuah projek pelancongan San Alfonso del Mar di Algarrobo.

Kolam Renang Terbesar di Dunia Kolam Renang Terbesar di Dunia

Algarrobo adalah merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di tengah Chile. Suasana dan suhu di perairan pantai Chile adalah sejuk. Walaupun begitu, adalah dilarang untuk berenang di pantai kerana ianya berbahaya.

Kolam Renang Terbesar di Dunia Kolam Renang Terbesar di Dunia

Untuk menyelesaikan masalah ini, Fernando Fischmann mempunyai impian untuk membangunkan sebuah pantai percutian yang besar dengan perairan yang jernih dan selamat untuk para pengunjung yang datang.

Kolam Renang Terbesar di Dunia Kolam Renang Terbesar di Dunia

Beliau mula mengembara untuk mencari teknologi yang boleh membantu impiannya menjadi kenyataan. Pada waktu itu, teknologi untuk impiannya pada waktu itu masih belum wujud.

Kolam Renang Terbesar di Dunia Kolam Renang Terbesar di Dunia

Salah satu pilihan yang ada adalah dengan membina sebuah kolam renang yang sangat besar dan nampak seakan-akan pantai. Namun, impiannya tergendala kerana faktor ekonomi dan kos pembangunan yang sangat tinggi.

Kolam Renang Terbesar di Dunia Kolam Renang Terbesar di Dunia Kolam Renang Terbesar di Dunia

Sehinggalah pada satu hari beliau terjumpa jalan penyelesaian apabila bersepakat dengan sebuah syarikat bernama Crystal Lagoon Technology. Syarikat ini mampu untuk menjadikan impian Fernando Fischmann menjadi kenyataan.

Kolam Renang Terbesar di Dunia Kolam Renang Terbesar di Dunia

Teknologi yang digunakan adalah dengan mengumpul dan memproses air dari lautan lantas mengekalkan suhu sehingga 9 darjah lebih hangat dari air laut mengikut musim-musim tertentu.

Fernando Fischmann yang merupakan seorang ahli biokimia juga berikhtiar untuk menghasilkan teknologi untuk membolehkan lagusan tanpa had dengan air jernih dan kos secara drastik dikurangkan kepada kolam biasa.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kakinetwork.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here