Koronavirus yang berasal dari bandar Wuhan di China setakat ini telah mengorbankan ribuan nyawa, majoritinya dari rakyat negara itu di samping sudah 100,000 nyawa sedang dijangkiti.

Lebih membimbangkan apabila virus Wuhan yang berasal daripada kelawar ini sudah menjadi terlalu serius di Itali dan Iran. Bahkan Malaysia pada hari ini sudah mencapai lebih 428 kes hari ini (15/3/2020). Keadaan nampak seperti semakin luar kawalan.

Peningkatan jumlah kes dan angka korban mengakibatkan seluruh dunia semakin berwaspada. Pastinya hal ini menimbulkan tanda tanya Bagaimana penularan wabak koronavirus boleh tersebar dengan meluas dalam masa yang singkat?

Pusat Kawalan Penyakit (CDC) memaklumkan bahawa koronavirus boleh tersebar daripada satu individu kepada individu lain pada jarak hampir 6 kaki atau bersamaan 2 meter.

Penularan koronavirus berlaku apabila titisan atau rembesan air liur melalui bersin atau batuk daripada individu yang dijangkiti tersebar. Rembesan ini akan melekat pada bahagian mulut atau hidung individu berhampiran dan disedut masuk ke dalam paru-paru.

Masa merupakan satu aspek penting. Jika anda mendekati seseorang individu yang dijangkiti untuk tempoh lebih 10 minit, risiko untuk dijangkiti akan semakin meningkat.

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum terdapat sebab yang jelas sama ada seseorang itu boleh dijangkiti virus itu hanya dengan menyentuh permukaan atau objek yang mengandungi virus di atasnya.

Bolehkah Risiko Jangkitan Koronavirus Dikurangkan?

Selepas mengetahui penyebaran koronavirus boleh meliputi jarak 2 meter, maka anda perlu untuk meningkatkan langkah berjaga-jaga dalam mencegah sebarang risiko jangkitan. Tetapi bagaimana?

Antara cara paling mudah untuk mengurangkan sebarang risiko jangkitan koronavirus dengan menghindari hubungan fizikal seperti sentuhan dengan individu yang tidak sihat.

Tujuannya adalah untuk mengurangkan pendedahan kepada titisan atau rembesan air yang keluar. Ini terutamanya ketika seseorang individu itu bersin atau batuk.

Jika keadaan memerlukan anda untuk berada berdekatan, sebaiknya hindari sentuhan langsung dan sentiasa pastikan jarak anda adalah selamat bagi mengelakkan COVID-19 ini.

Selain daripada menghindari hubungan fizikal dengan individu yang tidak sihat, anda juga harus mengetahui keadaan kesihatan diri sendiri. Mempunyai badan yang tidak sihat sudah tentu akan meningkatkan risiko jangkitan koronavirus.

Ketahuilah, keadaan kesihatan yang tidak sihat serta sistem imun rendah, pastinya akan mendedahkan anda kepada penyakit. Sebaiknya, jika kesihatan anda tidak mengizinkan, berehatlah di rumah. Ia sekurang-kurangnya dapat mengelakkan penyebaran sebarang masalah kesihatan kepada individu lain.

Antara usaha yang amat digalakkan dalam mencegah penularan jangkitan koronavirus ini dengan memakai topeng muka. Ia membantu melindungi bahagian hidung dan mulut, iaitu antara bahagian yang sering menjadi saluran utama jangkitan penyakit.

Jika tidak, gunakan tisu sebagai pelindung ketika bersin mahupun batuk dan buangkannya sejurus selepas selesai. Sudah tentu ia dapat membantu mencegah penyebaran sebarang virus kepada individu lain.

Amalan membasuh tangan pastinya satu cara baik untuk mengurangkan penyebaran wabak koronavirus. Membasuh tangan adalah satu cara berkesan untuk menjaga tahap kebersihan dan melindungi diri daripada wabak.

Anda perlu mencuci dan membasuh tangan menggunakan sabun dengan kerap terutamanya sebelum makan, selepas ke tandas serta selepas bersin mahupun batuk.

Jika tidak terdapat sumber air yang berdekatan, anda boleh menggunakan gel pembersih tangan sebagai alternatif. Anda juga amat dinasihatkan untuk menghindari sebarang sentuhan pada mata, hidung mahupun mulut sebelum membasuh tangan.

Jadi elakkan daripada menggosok mata atau hidung sebelum membasuhnya. Paling tidak pun, gunakan tisu basah untuk mengelap tangan terlebih dahulu bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Sesiapa juga berisiko untuk dijangkiti wabak koronavirus, walaupun anda mungkin tidak pernah menjejakkan kaki ke Wuhan, tempat pertama koronavirus dikesan. Ia boleh tersebar kepada anda dengan hanya melakukan hubungan fizikal dengan individu yang sudah dijangkiti.

Berikut merupakan nasihat berkenaan apa yang perlu anda lakukan andai kata keadaan menjadi semakin tidak terkawal dan kerajaan mengarahkan perintah berkurung dan rakyat daripada keluar rumah. Mungkin ia serba sedikit boleh membantu anda :

1. Teruskan Makan Makanan Yang Normal, Sihat dan Sedap

Hanya kerana anda sedang mengisi barangan dapur anda agar dapat bertahan lebih lama, tidak bermakna anda hanya perlu memakan makanan dalam tin sahaja dalam tempoh berkurung berkuatkuasa.

Ia akan menjadi bosan dengan cepat, dan terdapat pelbagai cara untuk anda meneruskan diet normal anda. Isi peti sejuk anda dengan sup segar dan sedap. Juga simpan sos tomato, sos cili dan kicap.

Fikirkan berkenaan makanan yang anda mahu makan pada hari biasa, dan cara untuk membuatkannya bertahan lebih lama. Ikan masin, daging serta ayam beku, ikan segalanya boleh disimpan lebih lama dalam peti sejuk beku.

Brokoli dan lobak antara sayuran yang mampu bertahan segar lama dalam peti sejuk. Dengan cara penyimpanan yang baik, anda masih mampu meneruskan pemakanan normal anda tanpa perlu risau kehabisan barangan dipasar.

2. Ingat Bahawa Makanan Bukan Semata-Mata Untuk Hidup

Anda tidak hanya memerlukan makanan seimbang. Anda perlukan juga snek, popcorn, keropok, biskut dan apa sahaja kudap-kudap andai kata anda perlu berkurung dalam rumah dalam tempoh yang lama.

Dan ia juga merupakan masa yang baik jika anda mahu membuat kuih atau kek kerana sudah tentu banyak masa yang dapat diluangkan bersama keluarga meskipun keadaan sedikit darurat.

Sebagai tambahan, jangan lupa untuk menyimpan bekalan teh, kopi dan gula. Anda perlukan juga makan petang yang seimbang dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan tekanan yang dirasai.

3. Jauhi Perasaan Tersisih Atau Menyendiri

Dipaksa untuk berada lama dalam rumah membuatkan sesetengah orang merasa panik. Ia sudah tentu bukan satu perasaan yang seronok dan mampu buat kita bergembira. Sesetengah orang tidak keluar rumah lansung dalam masa sehari membuatkan mereka merasa seperti gila.

Antara perkara yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan perasaan begitu muncul adalah dengan sentiasa berhubungan dengan kawan-kawan dan ahli keluarga. Anda pasti memerlukannya sama seperti mereka. Ia dalam masa yang sama dapat memenuhi keperluan psikologi anda untuk bersosial dengan orang lain.

Jika terdapat seseorang yang anda kenali sedang berada dalam keadaan kuarantin atau terkena virus, sentiasa hubungi mereka dan beri kata-kata semangat.

4. Jangan Lupa Bersenam

Terdapat pelbagai teknik senaman yang anda boleh lakukan didalam rumah. Bahkan melakukan senaman dapat membantu kesihatan mental anda dan membuatkan anda rasa lebih sihat dan tidak lesu.

Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang anda mampu lakukan tanpa memerlukan peralatan senaman dan pelbagai saluran senaman yang ada di Youtube untuk anda ikuti.

Dan jika anda masih dibenarkan keluar, pergilah melakukan senaman serta joging. Cuma elakkan dari berada berdekatan dengan kumpulan-kumpulan besar sahaja dan pakai topeng muka.

5. Bersihkan Rumah Anda

Bukan sahaja dapat membantu melindungi anda dari penyakit yang berjangkit, ia juga membuatkan rumah anda lebih selesa. Tambahan pula tempoh perintah berkurung biasanya dalam tempoh 14 hari dan lebih. Anda sudah tentu tidak mahu tinggal dalam keadaan yang kotor.

6. Sentiasa Berhubungan Menggunakan Internet, Namun Berhati-Hati

Apabila epidemik SARS meletup pada tahun 2002, Facebook, Twitter, bahkan Myspace masih lagi belum wujud pada masa itu. Kini manusia sudah terhubung melalui digital dan di Malaysia ini hampir kebanyakkan orang termasuk pelajar sekolah menengah mempunyai telefon bimbit dengan akses kepada internet.

Apabila manusia mampu berhubung dengan ramai orang meskipun menggunakan alatan seperti telefon bimbit dan komputer serta dapat melakukan video chat, ia dapat memberi manfaat besar keatas kesihatan mental seseorang sewaktu dalam tempoh berkurung.

Namun internet juga menimbulkan isu yang tiada sewaktu pandemik SARS berlaku pada awal milenium dulu, iaitu penyebaran maklumat palsu yang bukan sahaja mengelirukan ramai orang bahkan turut menyebabkan perasaan panik yang tidak perlu.

“Masyarakat merasa takut, dan ianya normal kerana kita adalah manusia. Terdapat beberapa perkara yang menakutkan kita dan ini merupakan salah satu daripadanya,” kata Hawryluck. “Namun bagaimana untuk kita mengendalikan rasa takut tersebut?. Saya fikir ketakutan boleh dikurangkan jika kita mempunyai informasi yang tepat.”

Sekarang terdapat banyak informasi yang tidak tepat bahkan palsu berkenaan penyakit koronavirus ini. Jadi berwaspadalah sewaktu anda menerima sesuatu maklumat daripada internet mahupun yang disampaikan kepada anda. Sentiasa merujuk kepada pihak berkuasa terutama Kementerian Kesihatan Malaysia agar anda tidak panik dengan informasi palsu yang anda terima.

7. Rancang Hiburan Anda

Tontonlah berita, namun jangan hanya menengok tv sahaja sepanjang masa. “Perkara paling teruk seseorang boleh lakukan adalah dengan hanya duduk menonton tv dan tengok perubahan waktu di jam dinding sahaja,” kata Hawryluck said. “Saya fikir ia hanya akan lebih memburukkkan keadaan dan membuatkan sindrom takut dalam diri menjadi lebih buruk.”

Jangan sekadar menonton berita atau filem sahaja. Ada pelbagai perkara lain yang anda dapat lakukan dalam masa yang sama boleh membantu mengisi masa anda dengan lebih bermanfaat. Apa kata anda ambil buku dan cuba untuk target seberapa banyak buku berfaedah yang anda boleh habiskan.

Selain dari dapat mengisi masa anda, pengetahuan anda turut akan bertambah. Dan ia sedikit sebanyak akan mengurangkan rasa bosan anda. Anda juga boleh bermain domino atau jutaria bersama anak-anak anda.

Pelbagai lagi perkara menarik yang dapat anda lakukan. Lagi pun sebelum ini kita mengeluh kekurangan masa untuk lakukan aktiviti berfaedah, jadi kenapa tidak lakukan pada masa ini?

8. Jumpa Ahli Profesional Jika Anda Perlukan Bantuan

Sama ada anda pernah berhubung dengan pakar terapi sebelum ini atau sedar yang anda memerlukannya sekarang, mencari pertolongan dengan pakar kesihatan mental tidak hanya memerlukan anda keluar dari rumah sekarang ini.

Terdapat ramai pakar terapi mental yang menjalankan sesi kaunseling dari dalam talian mahupun video chat. Juga terdapat aplikasi untuk telefon pintar yang dapat membantu anda menjaga kesihatan mental anda.

9. Jika Anda Bekerja Dari Rumah, Lakukannya Dengan Betul

Matt Greenwell, pengarah kejuruteraan BuzzFeed telah berkerja dari rumahnya di Austin selama enam tahun. Beliau menasihati mereka yang diarahkan bertugas dari rumah untuk menjalankan rutin kerja harian seperti biasa, bahkan dengan memakai pakaian kerja, bersarapan dan perkara yang biasa anda lakukan agar mental anda bersedia untuk lakukan rutin kerja harian anda.

“Memakai pakaian kerja sedangkan anda berkerja di rumah mungkin membuatkan anda merasa sedikit janggal. Namun jika anda tidak meletakkan usaha pada diri anda sendiri, anda tidak akan berusaha untuk benda lain.” Kata Greenwell kepada berita BuzzFeed.

Dan bercakap dan berhadapan dengan rakan sekerja juga penting. Beliau mencadangkan agar mengadakan mesyuarat melalui video chat dan ia akan membuatkan interaksi menjadi lebih aktif.

10. Sentiasa Ingat Untuk Kekal Sihat Dan Amalkan Kebersihan Diri Yang Betul

Mendapatkan maklumat merupakan sesuatu yang penting pada masa ini, dan memperoleh informasi yang betul sangat membantu anda daripada merasa panik yang tidak perlu.

Anda tidak perlu untuk menjadi pengkaji bagi mendapatkan maklumat yang terlalu mendalam, namun ianya merupakan sesuatu perkara yang baik untuk anda sentiasa berwaspada dan bersedia dengan apa tindakan yang patut anda lakukan andai kata anda terkena dengan virus tersebut.

Dan mungkin cara yang paling mudah untuk kekal sihat adalah dengan sentiasa menjaga kebersihan diri. Anda tidak perlu memakai topeng muka sepanjang masa (melain anda sedang sakit), namun anda perlu kerap mencuci tangan (dan ingat, mencuci tangan dengan sabun dan air lebih berkesan dari memakai hand sanitizer).

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kakinetwork.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here