Stalking Cat atau nama sebenarnya adalah Dennis Avner yang lahir pada 27 Ogos 1958 adalah merupakan seorang lelaki kelahiran Amerika Syarikat yang cukup terkenal dengan pengubahsuaian badan mirip kepada harimau.

Beliau telah menjalankan 14 prosedur pembedahan untuk mencapai matlamatnya yang pelik itu dan secara tidak langsung pernah memegang rekod dunia untuk transformasi kekal dari manusia kepada haiwan yang seakan-akan harimau.

Avner dilahirkan di Flint, Michigan dan telah dibesarkan di Suttons Bay, Michigan. Setelah mencapai dewasa, beliau telah menyertai Angkatan Laut sebagai juruteknik sonar.

Manusia Mengubahsuai Badan Menjadi Harimau

Lelaki pelik ini kemudian bersara dari tentera sekitar tahun 1981 lantas kemudian mula bekerja sebagai pengaturcara komputer dan juruteknik di San Diego, California.

Pada awal tahun 1980an, perasaan dalaman terhadap dirinya mula sukakan dengan harimau. Beliau bermula dengan mencacah tatu dan menjalankan pembedahan muka pada wajahnya.

Manusia Mengubahsuai Badan Menjadi Harimau

Beliau berulang kali menekankan bahawa untuk memilih dalam mengubah penampilan fizikalnya mengikut apa yang dia percaya adalah tradisi kuno Wyandot yang mana ini adalah kepercayaan peribadinya.

Manusia Mengubahsuai Badan Menjadi Harimau

Dalam bulan September 2007 sewaktu usia 49 tahun, Stalking Cat telah berpindah ke Tonopah, Nevada. Pada tarikh 5 November 2012, beliau telah meninggal dunia di dalam garaj rumahnya.

Meninggal dunia sewaktu berusia 54 tahun dan berita mengenai kematiannya itu menjadi cetusan selepas diumum satu minggu kemudian. Ada dakwaan yang menyatakan bahawa kematiannya berpunca dari bunuh diri.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kakinetwork.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here