Kisah yang menceritakan mumia hidup daripada [email protected] merupakan sebahagian elemen dalam cerita sumpahan mumia. Ia bermula pada naskah yang bertajuk The Mummy: Or a Tale of the Twenty-Second Century yang merupakan karya awal menggabungkan sains fiksyen dan seram yang ditulis oleh Jane C. Loudon dan diterbitkan pada 1827.

Louisa May Alcott merupakan orang yang diakui oleh Dominic Montserrat sebagai orang pertama yang menggunakan plot ‘Sumpahan Mumia’ pada novel tahun 1869 yang bertajuk Lost in a Pyramid dan The Mummy’s Curse, dua novel fiksyen mumia yang dilupakan dan kemudian dijumpai semula pada penghujung 1990san.

Walaubagaimanapun, dua kisah yang dijumpai oleh S. J. Wolfe, Robert Singerman dan Jasmine Day iaitu The Mummy’s Soul (1862) dan After Three Thousand Years (Jane G. Austin, 1868) didapati mempunyai plot yang sama berkenaan mumia wanita yang mengunakan kuasa magis bagi membalas dendam terhadap musuhnya.

Kepercayaan terhadap sumpahan ini menarik minat ramai selepas terkorbannya beberapa orang dari pasukan Howard Carter dan pengunjung penting lain yang melawat makam selepas ditemui.

Pasukan Carter membuka makam Tutankhamun (KV62) pada 1922, sekaligus melancarkan era moden kepada kajian Mesir Purba dengan kajian yang lebih mendalam dan tersusun.

Pakar Mesir Purba yang terkenal iaitu James Henry Breasted bekerja dengan Carter sejurus selepas makam tersebut ditemui dan dibuka. Beliau melaporkan bahawa Carter menghantar seorang utusan bagi menyampaikan pesanan kepada beliau dirumah.

Sewaktu hampir sampai di rumahnya, utusan tersebut berkata beliau terdengar suara ‘merintih, hampir seperti manusia menangis’. Apabila tiba dipintu masuk, beliau ternampak satu sangkar burung yang dipenuhi dengan Ular Tedung, simbol kepada kerajaan Mesir Purba.

Tidak lama kemudia Carter meninggal dengan mulutnya berbuih dan ia menyemarakkan lagi khabar angin berkenaan sumpahan firaun. Ia membingungkan ramai orang termasuk pakar berkenaan Mesir Purba.

Arthur Weigall yang merupakan mantan Ketua Jabatan Purba oleh Kerajaan Mesir melaporkan bahawa ia ditafsirkan bahawa rumah Carter dimasuki oleh Ular Tedung Diraja, sama seperti yang dipakai dikepala firaun pada hari makam tersebut dibuka.

Laporan insiden ini telah mendapat liputan luas dan turut dilaporkan oleh akhbar The New York Times pada 22 Desember 1922. Meski ada yang mengaitkannya dengan sumpahan firaun, ada juga yang tidak mempercayai sumpahan tersebut.

Kemudian berlakunya kematian misteri Lord Carnarvon. Beliau telah digigit oleh nyamuk dan kemudian secara tidak sengaja telah terpotong kawasan gigitan tersebut sewaktu sedang bercukur.

Beliau kemudian dijangkiti kuman dan mendapat keracunan darah. Dua minggu sebelum kematian Carnarvon, Marie Corelli menulis surat imaginasi dan menerbitkannya pada Majalah New York World magazine.

Disitu beliu menulis dengan memetik petikan daripada sebuah buku yang tidak jelas sumbernya yang berkata, ‘hukuman berat akan menimpa mereka yang menceroboh makam yang berkunci’.

Kegilaan media kemudian mengikuti cerita ini dengan laporan yang mengatakan bahawa sumpahan telah ditemui pada makam Firaun, meskipun ini merupakan berita yang tidak benar.

Pemimpin [email protected] Itali,Benito Mussolini seorang yang kuat mempercayai perkara khurafat, beliau pernah menerima mumia Mesir Purba sebagai hadiah. Kemudian apabila terdengar berita ini beliau dengan segera mengarahkan agar mumia tersebut dipindahkan dari Palazzo Chigi.

[email protected] Lord Carnarvon enam minggu selepas makam Tutankhamun dibuka menyebabkan banyak kisah sumpahan yang diterbitkan dalam dada-dada akhbar pada masa itu.

Sir Arthur Conan Doyle, penulis serta pencipta watak Sherlock Holmes mencadangkan bahawa [email protected] Lord Carnarvon adalah disebabkan elemen yang diletakkan oleh sami Tutankhamun untuk menjaga makam diraja tersebut, dan pandangan ini sekaligus menyemarakkan lagi minat pihak media.

Arthur Weigall pula melaporkan bahawa enam minggu sebelum kemat1an Carnavon, beliau melihat Earl tersebut ketawa dan bergurau sewaktu memasuki makam Firaun dan kemudian berkata kepada wartawan disebelahnya (H. V. Morton), ‘Saya memberikan beliau enam minggu unuk hidup’.

Bedah siasat yang dijalankan keatas badan Tutankhamun oleh Dr Derry mendapati terdapat kesan luka yng telah sembuh dibahagian pipi kiri firaun tersebut.

Namun sewaktu Carnavon dikebumikan enam bulan sebelum itu tidak dapat dipastikan bahagian mana yang Firaun tersebut memperoleh luka yang boleh dikaitkan dengan kawasan gigitan [email protected] nyamuk keatas Carnarvon.

Kajian keatas sumber dokumen dan para sarjana yang diketuai oleh The Lancet untuk menyimpulkan bahawa sukar untuk dikaitkan kematian Carnarvon mempunyai kena mengena dengan makam Tutankhamun.

Ini sekaligus menyanggah teori lain seperti pendedahan terhadap kulat bertoksik (mycotoxins) yang menyebabkan [email protected] Laporan ini juga menunjukkan bahawa Earl tersebut merupakan salah seorang daripada ramai yang memasuki makam. Namun yang lain tiada yang terkena jangkitan kuman seperti beliau.

Pada tahun 1925, seorang antrapologi bernama Henry Field dengan ditemani oleh Breasted telah melawat makam dan teringat akan kebaikan dan keramahan Carter dahulu.

Beliau juga melaporkan bagaimana kain pembalut mumia yang berada dipergelangan tangan diberikan kepada kawan Carter iaitu Sir Bruce Ingram terdapat tulisan yang bermaksud ‘Sumpahan akan terkena pada mereka yang mengalihkan badan saya. Kepadanya akan terkena api, air dan penyakit sampar’.

Tidak lama selepas menerima hadiah tersebut, rumah Ingram telah musnah akibat kebakaran dan kemudian terkena banjir sewaktu dalam proses pembinaan semula. Begitu ironi sekali dengan sumpahan tersebut.

Howard Carter sangat skeptik dengan dakwaan sumpahan tersebut. Beliau ada melaporkan dalam diaranya bahawa beliau terjumpa perkara ganjil pada Mei 1926.

Beliau menyatakan ternampak serigala yang bentuknya seakan-akan sama dengan Anubis, dewa penjaga [email protected] Ini merupakan pengalamannya yang pertama kali berhadapan perkara begitu sepanjang tiga puluh tujuh tahun berkerja di gurun.

Skeptikal dengan perkara ini, ramai pakar yang menyatakan bahawa terdapat ramai orang yang melawat bahkan mereka yang menjumpai makam Firaun dapat hidup lama dan dalam keadaan sihat.

Kajian menunjukkan bahawa dari 58 orang yang berada sewaktu makam dan keranada Tutankhamun dibuka, hanya lapan orang yang [email protected] dalam tempoh sepuluh tahun selepas itu.

Kesemua diantara mereka hidup lama selepas itu, ini termasuklah Howard Carter yang [email protected] akibat penyakit lymphoma pada tahun 1939 ketika berusia 64 tahun.

Antara yang terakhir sekali [email protected] dunia dari pasukan tersebut ialah Lady Evelyn Herbert, anak perempuan Lord Carnarvon yang merupakan antara orang terawal memasuki makam selepas ia dijumpai pada November 1922.

Beliau hidup kira-kira 57 selepas itu dan meninggal pada 1980. Dan pakar arkeolgi Amerika bernama J.O. Kinnaman [email protected] pada 1961, 39 tahun selepas peristiwa pembukaan tersebut.

Berikut merupakan [email protected] popular yang dikaitan dengan sumpahan Firaun Tutankhamun. Makam tersebut dibuka pada 29 November 1922 oleh pasukan pengkaji Howard Carter dan 50 lebih orang pengkaji lain. Terdapat 11 [email protected] selepas 10 tahun pertama makam Tutankhamun dibuka.

  • George Herbert, Earl of Carnarvon yang kelima merupakan penyumbang kewangan bagi projek eskavasi makam tersebut dan turut hadir pada waktu itu. [email protected] pada 5 April 1923 selepas terkena gigitan nyamuk yang kemudian dijangkiti kuman. Beliau meninggal dunia 4 bulan dan 7 hari selepas makam tersebut dibuka.
  • George Jay Gould I, merupakan pengunjung makam. Meninggal dunia di French Riviera pada 16 Mei 1923 selepas terkena demam selepas melawat makam tersebut.
  • Ali Fahmy Bey yang merupakan pemerintah Mesir mangkat pada 10 Julai 1923 selepas [email protected] [email protected] oleh isterinya Marguerite Alibert.
  • Colonel Aubrey Herbert, adik tiri Carnarvon hampir buta dan kemudian meninggal dunia pada 26 September 1923 akibat keracunan darah disebabkan proses pembedahan untuk memulihkan penglihatannya.
  • Sir Archibald Douglas-Reid, pakar radiologi yang membuat X-Ray pada mumia Tutankhamun meninggal dunia pada 15 Januari 1924 selepas terkena penyakit misteri.
  • Sir Lee Stack, Gabenor Sudan, meninggal dunia akibat d1bunuh pada 19 November 1924 ketika sedang memandu melalui bandar Kaherah, Mesir.
  • A. C. Mace, ahli pasukan eskavasi Carter, [email protected] akibat keracunan arsenik pada 1928.
  • Mervyn Herbert, adik tiri Carnarvon adik kepada Aubrey Herbert, [email protected] pada 26 Mei 1929, dilaporkan akibat pneumonia malaria.
  • Kapten Richard Bethell, setiausaha sulit Carter [email protected] pada 15 November 1929 akibat dicekik di Kelab Mayfair.
  • Richard Luttrell Pilkington Bethell, Baron Westbury ketiga dan bapa kepada Kapten Richard Herbert, [email protected] pada 20 Februari 1930 selepas beliau melompat dari tingkat tujuh apartmennya.
  • Howard Carter yang membuka makam pada 16 Februari 1923, dan meninggal sedekad kemudian pada 2 Mac 1939, namun masih ada yang mengaitkan kematiannya dengan sumpahan.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kakinetwork.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here