Kisah James Bond menginspirasikan lebih daripada 20 filem pecah panggung 007 sebenarnya merupakan ajen perisik Mi6 British Secret Service yang sangat aktif di Malaya sepanjang Perang Dunia Kedua dan Darurat. Ini merupakan satu fakta yang kebanyakkan rakyat Malaysia bahkan peminat filem James Bond tidak mengetahuinya.

Namun buat James Bond yang sebenar, ini merupakan kejayaan buat namanya, kerana itulah sebenarnya apa yang perisik patut lakukan, iaitu berkerja dengan penuh kerahsiaan dan menyembunyikan identitinya yang sebenarnya bagi memperoleh laluan untuk mendapat informasi rahsia berkenaan musuh bagi memudahkan pegawainya membuat keputusan yang kritikal.

Pada 1948, Bond yang sebenar telah membuatkan Cameron Highlands yang pada masa itu dipenuhi dengan pengganas komunis kepada sarang permainan risikannya.

Dan 66 tahun kemudian, Akhbar the Daily Express telah mendapat pengakuan saksi tidak lain daripada anak Bond yang sebenar iaitu Derek Emerson Elliot, seorang barrister, yang mendedahkan fakta bahawa bapanya merahsiakan identiti perisiknya itu daripada beliau dan adik-adiknya sehinggalah tahun 1990.

Terkejut dengan pendedahan ini, Emerson-Elliots kemudiannya pergi ke Cameron Highlands yang indah untuk mendapatkan persepktif berkenaan penceritaan kisah hidup bapanya itu. Yang menariknya ialah ialah rumah agam yang menjadi mercu tanda dimana komunis dan Bond yang sebenar beroperasi masih kekal hingga ke hari ini.

Ia sekaligus memberikan gambaran sejarah berkenaan kisah yang menggegarkan dunia daripada idola layar hijau kepada James Bond sebenar perisik Mi6 dan sekaligus dapat memanfaatkannya untuk menarik lebih ramai pelancong ke Cameron Highlands.

Anak sebagai saksi kisah James Bond

Berikut merupakan kisah yang diceritakan oleh anak Derek, melalui perspektifnya sebagai budak kecil ketika itu.

James Bond telah membawa keluarganya menginap di Banglo Moonlight ditengah-tengah kawasan ibu pejabat Parti Komunis Malaya di Cameron Highland pada awal tahun 1948, sewaktu kemuncak kebangkitan komunis menentang kerajaan kolonial pada masa itu. Itu merupakan langkah yang tidak senang diambil. Namun sudah tentu Derek yang masih muda tidak mengetahui apa-apa.

Parti Komunis Malaya telah ditubuhkan pada tahun 1930. Dari awal penubuhannya, kerajaan kolonial telah melabelkan parti ini sebagai pertubuhan haram, kerana ideologi politik yang dibawa parti ini tidak sehaluan dengan kerajaan dan ekstrem.

Namun apabila Jepun menyerang Malaya pada 8 Disember 1942, dua musuh ini telah menjadi sahabat dan bersama-sama mengangkat senjata untuk menentang pendudukan Jepun, terutamanya selepas kejatuhan Singapura pada 15 Februari 1942, yang menyebabkan terbentuknya 40,000 askar gerila dengan dana yang banyak dari Britain.

Namun dengan kekalahan mengejut pihak Jepun pada 15 Ogos 1945, semangat kerjasama diantara pihak komunis dan British tidak dapat bertahan lama disebabkan perbezaan ideologi dan pemikiran.

Dalam tempoh beberapa bulan, pujian pihak British diatas sumbangan Parti Komunis Malaya menentang Jepun bertukar menjadi desakan untuk pembubaran parti tersebut dan senjata mereka dikehendaki untuk diserahkan kepada pihak British. Disebabkan ketidakpuasan hati, pihak Parti Komunis Malaya akhirnya mengangkat senjata dan memulakan serangan gerila keatas pihak British.

Kemuncaknya ialah apabila pihak gerila komunis menyerang dan meragut tiga nyawa peladang eropah di Sungai Siput. Sebagai tindakbalas, pihak kerajaan kolonial mengisytiharkan darurat pada 12 Jun 1948.

Disebabkan itu sehingga ke hari ini, Parti Komunis Malaya terkenal dengan keganasan yang dilakukan oleh mereka disepanjang darurat berlansung. Dna pada 27 Julai 1948, Parti Komunis Malaya secara rasminya diharamkan.

Ini merupakan konteks yang berlaku selepas pengharaman PKM, yang akhirnya menyebabkan berlakunya banyak kerosakan dan keganasan yang akhirnya membuatkan James Bond yang sebenar, seorang perisik British Secret Service Mi6 dengan nombor rahsia BB 007, dihantar ke Cameron Highland dan menjalankan kegiatan perisikannya.

Dunia risikan

Perisik tidak dibenarkan untuk mengetahui perisik lain, ini kerana jika mereka tertangkap, mereka tidak dapat untuk mendedahkan siapa rakan perisiknya yang lain. Setiap perisik hanya menghantar laporan kepada satu orang sahaja, penjaga mereka.

Lynette berkata Ian Fleming (rakan perisik dan penulis yang mencipta watak James Bond dalam bukunya, Casino Royale) merupakan orang yang mempunyai ciri yang berlainan dari BB 007. Kemungkinan Ian Fleming merupakan penjaga kepada BB 007.

Benar, Lynette yang merupakan seorang pengkaji sejarah berkata beliau ‘pasti’ bahawa BB 007 merupakan Denis Emerson-Elliot (nama samaran kepada perisik Mi6 ini). Ianya sangat signifikan bahawa Denis Emerson-Elliot merupakan seorang ‘kwai-lo’ yang fasih berbahasa Melayu dan Kantonis (dialek kebanyakkan orang Cina di Malaysia).

Kelebihan tersebut semestinya merupakan kelebihan benar untuk memasuki lingkungan komuniti tertentu. Ia sudah tentu membantu beliau untuk mendapatkan maklumat rahsia dikalangan komunis.

Perisik Sebenar

Namun perisik sebenar tidak hanya dilatih untuk mendapatkan informasi, mereka turut dilatih dengan skil untuk mengorbankan sesiapa yang didapati mempunyai ancaman besar kepada keselamatan negara.

Menurut nota berkenaan, Bond yang sebenar, yang menggunakan nama samaran Denis Emerson-Elliot, menyusup kedalam kalangan pegawai tinggi PKM di Cameron Highland yang beroperasi dalam hutan tebal ditengah-tengah Banjaran Titiwangsa itu. Denis Emerson-Elliot memandu ke Cameron Highlands dengan membawa keluarganya sebagai samaran mereka menetap disana.

Dengan anaknya Derek, Tony, anak perempuan Penny dan isteri yang berketurunan Rusia, Nona Orlov yang namannya ditukar kepada Norma Emerson-Elliot, mereka bergaya seperti keluarga Inggeris biasa. Semua anaknya tidak mengetahui apa yang berlaku pada dekad-dekad dahulu ketika ayahnya berkhidmat sebagai perisik British Secret Service Mi6 dengan nombor siri BB 007, sehinggalah tahun 1990 apabila kebenaran akhirnya diceritakan.

BB 007 menjalankan tugasnya

Kepercayaan Chin Peng kepada James Bond yang sebenarnya ini tidaklah mengejutkan. Perisik ini berjaya mengelirukan Ching Peng dan rakan-rakan komradnya bahawa beliau adalah sebahagian daripada mereka.

Namun, kepercayaan Chin Peng terdapat perisik ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan, ini kerana mereka telah berkerjasama rapat sewaktu perang melawan Jepun dahulu dan sentiasa mendapat bantuan daripada pihak British sewaktu mereka memerlukannya.

Sebelum Chin Peng menjadi Setiausaha Agung PKM pada 1947, beliau merupakan pegawai tinggi Rejimen Ke-5 PKM di Perak, dan juga merupakan pegawai perhubungan PKM dengan Grup 136, satu kumpulan komando British yang menjalankan gerakan gerila melawan Jepun pada 1943.

Untuk melawan musuh yang sama, tentera British dengan tergesa-gesa telah melatih 150 orang kader PKM dengan teknik peperangan gerila di Stesen 101 Singapura, apabila penaklukan Jepun keatas Malaya menjadi jelas pada penghujung tahun 1941.

Jadi, meskipun British melatih kader PKM dengan senjata yang tidak lengkap dan tergesa-gesa, ia merupakan permulaan kepada Rejimen PKM yang lebih besar selepas itu.

Ianya merupakan sesuatu yang sangat ironi, James Bond yang sebenar ini diberi tugas untuk membetulkan tindakan salah yang pernah kerajaannya lakukan pada masa dulu.

Temubual dengan Derek, anak kepada perisik ini berjaya dijalankan dengan bantuan daripada Lynette yang merancang segalanya. Beliau yang merupakan ahli sejarah Australia telah menjalankan kajian, pembacaan dan mendapatkan maklumat lisan untuk memastikan beliau berjaya menjejaki perisik dengan nombor siri BB 007, Denis Emerson-Elliot yang meninggal pada tahun 1997.

Lynette dan Derek telah berkerjasama dalam menulis dan menerbitkan buku bertajuk ‘In the Mouth of the Tiger’, yang menceritakan kisah mencabar Denis. ‘In the Mouth of the Tiger’ ini sebenarnya merupakan kisah fiksyen yang berdasarkan orang dan kisah yang benar berlaku.

Lynette juga berkata tajuk buku ini diambil dari ayat suku kaum orang asli Temiar yang berkata, ‘tempat yang paling selamat didalam hutan adalah dalam mulut harimau’.

Namun perkara yang paling menggusarkan dalam pencarian Lynette membongkar kisah hidup Bond yang sebenar ini datang dari soalan : Adakah Derek masih hidup?

Apabila beliau berkata ya, saya tahu bahawa kami perlu segera berjumpa dengan Derek untuk bertanyakan hal ini. Terima kasih kepada Derek, beliau telah berjaya merekodkan kenyataan dari bapanya.

Derek dengan segera mengesahkan kebanyakkan aksi didalam buku dan apa yang Lynette beritahu kepada Daily Express sememangnya wujud.

Tiada idea bapanya seorang perisik

“Saya baru berumur sembilan tahun apabila kami berpindah ke Cameron Highlands pada awal 1948,” katanya.

“Selepas apa yang berlaku, saya tidak terfikir lansung bahawa ayah saya merupakan seorang perisik, juga saya tidak tahu ibu saya berketurunan Rusia, dan identiti beliau sebagai wanita Inggeris yang dilahirkan di Somerset, England adalah untuk mengaburi identiti beliau yang sebenar”.

“Setahu saya, keluarga kami berpindah ke Cameron Highlands adalah untuk menikmati udara yang nyaman disini berbanding tempat lain di Malaya”.

“Dengan bantuan Lynette, saya dapat mencamtumkan semula ingatan kenapa kami berpindah, yang berlaku sebelum PKM masuk ke hutan semula dalam kebangkitan berdarah menentang pentadbiran British yang dikenali sebagai Darurat Malaya,” kata Derek.

“Parti Komunis Malaya telah melawan Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua, sering mendakwa berlawan bersama pejuang gerila British. Usaha mereka telah mendapat banyak pujian.

Sehinggakan mereka terlalu yakin bahawa PKM mampu memenangi Pilihanraya Malaya yang pertama pada 27 Jualai 1955, satu-satunya pilihanraya umum sebelum merdeka pada 31 Ogos 1957, sesuatu yang Whitehall berusaha untuk halang” yakin Derek.

Tugas ayah saya, menolak PKM ke hutan

“Kami yakin bahawa tugas bapa saya adalah untuk menarik komunis ke dalam hutan. Ini kerana apabila mereka berada didalam hutan, dan kemudian mengorbankan orang yang tidak bersalah, mereka akan dianggap sebagai pengganas dan dilihat sebuah pertubuhan pengganas yang mahu menawan seluruh Malaya,” kata Derek lagi.

Juga pada hari Gabenor Malaya mengistiharkan bahawa PKM merupakan sebuah pertubuhan haram pada 27 Julai 1948 yang menyebabkan mereka terpaksa berundur ke hutan, ia secara automatik menghalang mereka daripada mengambil tempat dalam pilihanraya untuk mentadbir sebuah Malaya yang merdeka.

Hubungan lama Bond sebenar dengan PKM

“Ayah saya telah lama membuat pengintipan terhadap PKM, yang mana pemimpin selepas perang PKM iaitu Lai Teck juga merupakan seorang ajen British”.

British telah menggunakan Lai Teck sebagai ajen pendua (double agent) untuk menyusup kedalam PKM yang akhirnya beliau berjaya menjadi Setiausaha Agung PKM. Itu menggambarkan betapa bagus penyamaran yang beliau lakukan sehingga mampu menjadi pemimpin kepada pertubuhan yang beliau ketuai.

“Beliau juga berjaya meyakinkan PKM bahawa dia berada disamping mereka. Lynette dan saya yakin bahawa beliau membuktikan kebolehannya dengan cara membelot perisik komuniis Rusia Lt Skripkin, yang memberitahu British Secret Service yang dia ingin berpaling tadah”. Kata Derek.

“Apabila cerita yang dia ingin berpaling tadah diketahui oleh Mi6 di Singapura, bapa saya memberitahu penjaga KGB tersebut bahawa berpaling tadah ini hanyalah merupakan ujian untuk membuktikan bahawa bapa saya dipihak mereka ataupun tidak,” kata Derek. Lelaki itu kemudiannya terkorban.

Kami juga yakin bahawa keluarga kami berpindah Cameron Highlands supaya ayah saya dapat sentiasa berhubung dengan ketua PKM yang baru, Chin Peng, yang menggantikan Lai Teck pada Mac 1947″.

Selepas Singapura ditawan pada 15 Februari 1942, the Japanese arrested Lai Teck.

Mengambil nyawa pengkhianat

“Tony, Penny dan saya tinggal dalam keadaan terjaga dan seronok sedangkan 80 meter dari rumah kami, komunis di Banglo Moonlight melakukan pembunuhan pengkhianat dan menanam mayat tersebut di taman ros!”.

Dari sini baru Derek memahami kenapa ayahnya mengambil keputusan untuk berpindah dari Moonlight sedangkan mereka baru berpindah masuk kesitu dan berpindah ke Banglo Starlight. Moonlight sebenarnya merupakan tempat PKM menjalankan pembunuhan.

“Saya tidak tahu berkenaan mayat berkenaan, tapi kedua-dua banglo berkenaan masih ada,” kata Derek yang sudah melawat semula Cameron Highlands dengan isteri dan anaknya Julian.

“Kini banglo tersebut merupakan sebahagian daripada hotel namun kini dikenali sebagai Banglo Sunlight” katanya lagi.

Pada 1967, Moonlight keluar ke laman akhbar dengan berita yang berbeza. Di banglo inilah Jutawan Sutera Thailand dan perisik zaman perang Amerika, Jim Thompson, hilang!

Hari Ghurka tiba

“Pada 1948, kami pulang dari sekolah dan mendapati kami terpaksa berpindah dari Starlight ke rumah yang bersambung dengan Cameron Highlands Hotel,” ujar Derek..

“Pada keesokkan harinya, kami bangun dan mendapati askar Ghruka memasang khemah disekeliling rumah. Ternyata mereka berada disana untuk menentang pengganas yang berada disekitar kawasan Moonlight dan Starlight.

“Dari masa itu, Ghurka sentiasa kelihatan dan menjaga kanak-kanak pergi dan pulang dari sekolah, duduk diluar kelas dengan mesingan disisi mereka, bahkan mengikut kami apabila kami bermain bola selepas waktu sekolah.”

“Kami kemudian meninggalkan Cameron Highlands beberapa minggu selepas Ghurka tiba”.

Dengan komunis berjaya dihalau dari kubu kuat mereka, tiada sebab lagi bapanya untuk tinggal di Cameron Highland. Beliau memutuskan untuk tidak turun kebawah dengan konvoi bersenjata. Katanya kerana konvoi sentiasa menarik perhatian untuk diserang.

“Namun ketika memandu melalui kawasan ladang getah berhampiran Tapah kami telah ditembak, dan satu daripada peluru berkenaan terkena mud guard kereta. Ayah saya memberhentikan kereta dan kemudian menjerit kearah penyerang berkenaan dalam bahasa Melayu dan Kantonis.

Serangan tersebut kemudian berhenti dan kami berjaya meneruskan perjalanan. Azimat kami telah melindungi kami.” Benarlah “Tempat yang paling selamat di dalam hutan adalah berada didalam mulut harimau,”.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kakinetwork.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here