Pemilik rumah hantu yang paling seram di dunia bernama McKamey Manor menjanjikan hadiah wang bernilai USD20,000 kepada sesiapa sahaja yang dapat bertahan dan keluar dari rumah hantu miliknya.

Anda rasa sudah banyak rumah hantu yang dianggap sebagai seram untuk dimasuki? Ini bermakna anda tidak layak untuk menjejak kaki pun ke dalam rumah hantu yang paling seram di dunia ini.

Pelawat yang masuk ke dalam rumah hantu ini perlu bertahan selama 10 jam di dalam rumah hantu ini dan ia bukan sahaja memerlukan pelawat yang berhati kental, tetapi perlu kuat dari segi fizikal dan juga mental.

Setiap pelawat akan dicabar dari segi mental dan fizikal sehinggalah mereka mengalah. Kadang kala ada juga sesetengah pelawat yang menghadapi trauma seumur hidup kesan daripada rumah hantu ini.

Untuk masuk ke dalam rumah hantu yang paling seram di dunia dan berpeluang untuk mendapatkan hadiah wang tunai sebanyak USD20,000 ini, anda mestilah berusia lebih dari 21 tahun.

Tidak cukup dengan itu, setiap peserta perlu memberikan bukti insurans perubatan, menyelesaikan ujian asas fizikal sukan dan menandatangani 40 muka surat perjanjian.

Pemilik rumah hantu ini selalu menasihati orang ramai untuk tidak berharap memenangi hadiah wang tunai USD20,000 kerana ianya adalah satu perkara yang hampir mustahil.

Maklumat lanjut serta gambar dan video berkenaan dengan rumah hantu ini, anda boleh layari laman web rasmi mereka di sini. Lokasinya terletak di Alabama, Amerika Syarikat.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kakinetwork.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here