Pada mata orang luar, Jepun kelihatan terlalu bertoleransi dengan perkara pelik dan tidak pernah dibuat orang. Negara maju ini juga sering mencuba melakukan perkara baharu meskipun ia kadang-kala tidak masuk akal.

Jepun juga mempunyai reputasi atas budayanya yang menarik dan trasidi yang unik. Buat pengunjung yang datang melancong ke Negara Matahari Terbit ini, ia seakan-akan memasuki dunia baharu yang kita tidak pernah alami sebelum ini.

Sebagai sebuah negara kepulauan yang mempunyai sejarah panjang dengan polisi kerajaan terdahulu mengasingkan diri dari negara luar, banyak aspek dalam kebudayaan mereka yang tidak terusik dengan pengaruh dari luar.

Samurai bertempur dengan teknologi tinggi, para veteran yang terselamat dari letupan bom atom dan remaja yang berpakaian seperti pokemon. Disebabkan itu bagi orang luar, ianya kelihatan pelik kerana Jepun mempunyai toleransi terhadap benda janggal.

Tanpa ragu, Jepun merupakan sebuah bangsa yang mempunyai masyarakat yang paling kreatif dan inovatif dalam dunia. Lagi pun, dimana yang anda boleh lihat keretapi berkelajuan lebih 300 mph sejam atau tandas yang memainkan muzik seperti anda sedang berada di pejabat?

‘Pelik’ bukannya sesuatu yang buruk. Ia kadang-kala kita sendiri berminat untuk mencubanya. Sebagai pengunjung ke Jepun, aspek unik budaya Jepun membuatkannya menjadi tempat paling menarik untuk dilawati didunia. Jadi, inilah dia 22 perkara pelik yang hanya ada di Jepun untuk pengetahuan anda semua.

Rancangan Realiti TV Yang Sangat Pelik

Rancangan realiti tv bahkan pertandingan yang dipaparkan di media massa Jepun adakalanya terlalu ganas dan mengarut sehingga tidak dibenarkan untuk ditayangkan dinegara lain.

Pertandingan ini sering memaparkan peserta dalam keadaan mahupun situasi yang memalukan. Ia boleh menjadi ganjil, seperti ada satu pertandingan yang peserta perlu mencari item seakan-akan coklat dan perlu menggigit semua benda bagi mencari coklat yang sebenar.

Atau mereka perlu menempuhi keadaan yang menjijikkan, menakutkan bahkan yang kelihatan seperti perkara seksual. Disebabkan itu tidak banyak negara membenarkan tayangan permainan realiti begitu, ini kecuali rancangan Istana Takeshi yang digemari ramai.

Mesin Vending Bukan Hanya Untuk Snek Dan Minuman

Jika anda rasa mesin vending hanya menjuak snek dan minuman, fikirkannya kembali. Terdapat lebih lima juta mesin satu negara, Jepun mempunyai kadar densiti mesin vending yang tertinggi seluruh dunia.

Dianggarkan terdapat satu mesin vending bagi setiap 23 orang. Ini menurut Persatuan Mesin Vending Jepun. Antara sebab kenapa mesin ini ada terlalu banyak adalah disebabkan kombinasi penduduk yang tinggi dan harga tanah, rumah mahpun pejabat yang terlalu tinggi.

Ini bermakna rakyat Jepun tidak mempunyai banyak ruang untuk meyimpan barangan pengguna dan syarikat di Jepun lebih meminati untuk memasang vending mesin di tepi jalan berbanding membuka sebuah kedai jualan yang lebih tinggi kosnya.

Mesin diseluruh Jepun menjual bermacam jenis barangan dari sushi, roti, topeng muka, sayur dan kereta juga dijual melalui vending mesin. Pelik tapi itulah yang berlaku.

Tembikai Petak Yang Sangat Mahal

Tembikai merupakan buah-buahan popular tika musim panas di Jepun. Masyarakat disana juga suka memberikannya sebagai cenderahati dan bermain permainan ‘suikawari’ menggunakan tembikai.

Namun apabila terdapatnya tembikai berbentuk peta, ia menjadikannya lebih menarik, pelik dan juga sangat mahal. Yalah, bukan semua tempat dapat mengeluarkan tembikai berbentuk petak yang unik seperti ini.

Tembikai berbentuk petak direka supaya lebih mudah dimasukkan kedalam peti sejuk dan juga lebih mudah dipotong. Namun sejak ia menjadi bahan hiasan, harganya terus melambung sehingga $160 bagi sebiji tembikai ini.

Dan para petani di Jepun tidak hanya membuatkan tembikai berbentuk petak sahaja. Malah ada yang berbentuk hati dan segi tiga. Semuanya dilakukan melalui bekas istimewa untuk membentuk buah tersebut kepada bentuk yang diingini.

Menakutkan Atau Tidak? Kafe Sewaan Pelukan

Kafe Pelukan yang pertama telah dibuka di Tokyo pada tahun 2012. Dipanggil sebagai Soine-ya (maksudnya ‘kedai tidur bersama’), mereka membenarkan pelanggan lelai untuk tidur disebelah perempuan dengan kadar bayaran tertentu dikenakan.

Namun pelanggan dilarang untuk membuat perkara selain daripada tidur bersama. Cas masuk sahaja sudah berjumlah $25. Antara pilihan yang ada ialah 20 minit tidur ringkas hingga ke 10 jam. Dan ada juga pakej untuk semalaman.

Manakala harga untuk perkhidmatan tersebut bermula pada $40 sehingga ke $400. Selain daripada tidur, pelanggan juga boleh menempah untuk gadis tersebut mengurut anda atau anda membelai rambut gadis tersebut untuk tiga minit. Pelik atau menakutkan? Anda sendiri yang memutuskannya.

Tandas Yang Paling Pelbagai Di Dunia

Meluangkan masa didalam tandas memang sering kita lakukan dalam hidp, jadi kenapa tidak membuatkannya menjadi lebih selesa dan lebih menyeronokkan. Tambahan pula ada yang suka berangan didalam tandas.

Jepun telah menjadi pencipta tandas yang paling canggih dan sentiasa berusaha untuk membina tandas yang lebih pintar. Lupakan tandas tradisional yang memerlukan anda mencangkung, anda akan mendapati bahawa tandas di Jepun lebih canggih berbanding tandas negara maju yang lain.

Tandas di Jepun bukan sahaja mengeluarkan bunyi atau musik aman bagi menghapuskan bunyian yang mengganggu dan juga memberikan perasaan tenang pada diri kita.

Ia turut dilengkapi dengan peralatan seperti penyaman udara, wangian, boleh ditinggi atau direndahkan, kerusi yang boleh dihangatkan atau bidet yang dibina dalaman. Bahkan pelancong dari Eropah yang maju juga merasa kagum dengan teknologi ini.

Sup Manusia? Mandian Mee Ramen

Telah berkurun lamanya Jepun mempunyai tradisi berkenaan rumah mandi tradisional. Tidaklah terlalu menghairankan kerana negara lain juga mempunyai perkara yang sama.

Namun di Resort Spa But Yunessun di Hakone telah membawa tradisi spa Jepun ketahap yang lebih unik dan tiada di tempat lain. Bahkan di Jepun sendiri yang menghargai ciptaan baharu juga ada yang merasa pelik dengan spa ini.

Cuba anda gambarkan, mandi di dalam air takungan sup binatang dan mee ramen. Kenapa saya perlu lakukannya? Soalan yang bagus. ‘Kebelakangan ini ramai yang mempunyai kesedaran untuk mempunyai kulit yang cantik, dan mereka tahu kesan baik daripada kolagen, dan ianya terdapat dalam mandian sup berasaskan binatang di spa kami ini. Melalui mandian ini, semua orang boleh bergembira dan mengambil kesempatan diatas elemen sihat yang terdapat pada mee ramen’, kata pemilik spa,Ichiro Furuya.

Jangan risau jika anda tidak menggemari ramen sebagai antara ramuan untuk mandian anda. Yunessan Spa turut mempunyai mandian dari arak sake, teh hijau dan banyak lagi.

Kit Kat Berperisa Keju Eropah

Jepun mempunyai pelbagai jenis makanan pelik dan baru yang berlawanan dengan makanan negara barat. Kit-kat juga tidak terkecuali dan terdapat lebih dari 300 perisa termasuklah perisa kicap, keju eropah, wasabi, jagung panggang, kentang dan banyak lagi.

Juga disebabkan Jepun merupakan bangsa yang kuat mengamalkan bahasanya, kit-kat juga disebut dengan perkataan Jepun iaitu Kitto Katsu, yang bermaksud anda pasti akan menang. Disebabkan itu ia menjadi barangan popular sebagai cenderahati atau perkara yang membaik nasib yang baik kepada pelajar yang akan mengambil peperiksaan.

Aiskrim Yang Tidak Cair

Saintis makanan di Jepun telah mencipta ais krim yang tidak akan cair. Sewaktu menjalankan kajian bagi membantu petani straberi yang terjejas akibat tsunami 2011, saintis secara tidak sengaja menemui bahan kimi yang membantu krim untuk beku dengan serta merta.

Ais krim yang terhasil dari bahan dapat bertahan bahkan dihadapan pengering rambut yang dipasang selama lima minit tanpa cair. Yang paling menarik, deria rasa anda tidak mengalami kebas jika merasa ais krim ini. Inilah masa depan!.

Apa Yang Saya Mahu Untuk Krismas Adalah… KFC

Makanan ringan mungkin menjadi tempat terakhir yang ada ingin pergi jika menyambut Krismas. Namun di Jepun, ianya menjadi tempat yang wajib dikunjungi terutamanya restoran KFC sewaktu malam sambutan Krimas.

Tradisi ini bermula pada tahun 1970-an apabila pengurus pertama KFC di Jepun terdengar bahawa orang luar yang berada di Jepun merasa rindu untuk makan ayam belanda, daging yang sukar dicari Di Jepun pada waktu Krismas.

Tidak ramai rakyat Jepun yang meraikan perayaan ini, namun pengurus tersebut berharap ayam goreng dapat menangani keinginan orang luar yang ingin merasa masakan berasaskan ayam.

Pemasaran yang baik akhirnya berjaya membuatkan tradisi ini kekal, bahkan kini menjadi begitu popular sehinggakan anda mungkin perlu menempah ayam KFC sempena makan malam Krismas seminggu lebih awal bagi mengelakkan anda perlu beratur berjam-jam lamanya untuk mendapatkannya.

Pertandingan Tangisan Bayi Terkuat Nai

Selalunya perkara paling sukar buat ibu bapa adalah untuk membuatkan bayi mereka berhenti menangis, namun semasa Festival Bayi Nai Sumo, ibu bapa akan menyerahkan bayi mereka kepada para ahli sumo dengan harapan mereka akan menangis.

Festival tradisional ini diadakan di Kuil Sensoji di Tokyo, dimana para ahli Sumo akan mengambil tempat diatas pentas dan memegang bayi sampai bayi tersebut mula menangis.

Asal usul pertandingan pelik ini dipercayai sudah diadakan ratusan tahun dahulu. Mereka percaya bahawa tangisan bayi yang kuat dapat menghalau makhluk jahat dan syaitan yang berada berdekatan.

Diantara teknik untuk membuatkan bayi tersebut menangis termasuklah memakai topeng muka menakutkan. Namun disebalik semua ini, bayi yang menangis kuat dikatakan dijamin hidup sihat dan lama.

Godzilla Memperoleh Kerakyatan Di Jepun

Kawasan Shinjuku di Tokyo mempunyai kepadatan penduduk sebanyakk 17,000 orang pada setiap kilometer persegi, namun pada tahun 2015 bandar tersebut memberi kerakyatan kepada penduduknya yang paling besar iaitu Godzilla.

Kerakyatannya diberi bersama tawaran kerja iaitu Godzilla menjadi duta pelancongan bagi kawasan Shinjuku, dimana kawasan inilah Godzilla telah memusnahkannya sebanyak 3 kali dalam tiga filem yang berbeza.

Tidur Sewaktu Kerja Tanda Komitmen

Dikebanyakkan negara, jika anda ditangkap ketika tidur sewaktu berkerja akan membuatkan anda berada dalam masalah. Namun di Jepun, ianya dibenarkan bahkan menandakan anda merupakan seorang yang kuat berkerja.

Sesetengah syarikat juga membenarkan pekerja mereka mengambil masa tidur selama 30 minit diantara pukul 1 petang sehingga jam 4 petang. Ia turut mempunyai namanya yang tersendiri.

Amalan ini diberi dipanggil inemuri dan kerana ia memberi nilai sebagai tanda komitmen, tidur di stesen keretapi, dalam kelas bahkan di dalam pejabat menjadi pandangan biasa berbanding di Amerika atau Eropah.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kakinetwork.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here