Kawah gas Darvaza cukup terkenal sebagai pintu ke neraka atau gerbang ke neraka. Apakah ia sebenarnya? Ia adalah sebuah lubang yang mengeluarkan gas yang boleh terbakar dan terletak di Derweze, Turkmenistan.

Asalnya ia adalah tanah yang rata seperti kawasan disekitarnya. Kemudian lama-kelamaan, ia menjadi runtuh dan menjadi kawah serta lubang yang besar dengan mengeluarkan gas yang boleh terbakar.

Ahli geologi kemudian telah membakarnya untuk mencegah penyebaran gas tersebut iaitu gas metana daripada terus tersebar di udara dan ia dibakar sejak tahun 1971 sehingga ke hari ini.

Pintu Ke Neraka Dari Bumi

Diameter kawah pintu ke neraka ini mencapai seluas 69 meter (226 kaki) dan kedalamannya mencapai 30 meter (98 kaki). Sejak ia mula menyala dengan api, kawasan tersebut sentiasa didatangi pelancong untuk melihat keunikan kawasan tersebut.

Pintu Ke Neraka Dari Bumi

Kawasan ini asalnya adalah ladang minyak yang substansial. Mereka yang mengerjakan ladang tersebut telah menyiapkan alat menggerudi dan operasi untuk mengetahui jumlah minyak yang ada di lokasi ini.

Pintu Ke Neraka Dari Bumi
Pintu Ke Neraka Dari Bumi

Tidak lama selepas pantauan dijalankan, mereka telah menemui kawasan yang dipenuhi gas semulajadi di dalam tanah dan sejak itu, ia mula terkeluar ke udara dari dalam tanah sedikit demi sedikit.

Gas metana yang dikhuatiri beracun dan merbahaya ini tersebar di kota-kota terdekat dan antara salah satu cara yang terbaik menyelesaikan isu ini adalah dengan membakarnya sewaktu ia terkeluar dari bumi.

Asalnya, ia dianggap akan menyala selama beberapa minggu sahaja, tetapi nampaknya ia telah menyala selama lebih dari hampir lima dekad sehingga ke hari ini sejak tahun 1971.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kakinetwork.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here