You Jianxia seorang wanita kelahiran Shanghai mempunyai bulu mata yang paling panjang di dunia dengan panjang bulu mata tersebut mencapai sepanjang 12.40 cm atau 4.88 inci.

Panjang bulu mata tersebut telah diukur di Changzhou, China dalam bulan Jun 2016 sehinggakan beliau telah dinobat dan direkodkan dalam buku New Guinness World Records 2018.

Rekod Bulu Mata Terpanjang Di Dunia

Rekod wanita kelahiran Shanghai ini telah menumpaskan Gillian Criminisi dari Canada yang merupakan pemegang rekod bulu mata terpanjang yang terdahulu iaitu kira-kira sepanjang 8.07 cm atau 3.17 inci.

Rekod Bulu Mata Terpanjang Di Dunia

Menurut You Jianxia, pada asalnya beliau menyedari bulu matanya semakin memanjang sejak tahun 2013 secara semula jadi dan pada mulanya, ianya agak janggal kerana ia tidak pernah berlaku dalam hidupnya.

Rekod Bulu Mata Terpanjang Di Dunia

Pemecah rekod bulu mata terpanjang ini menyatakan bahawa dengan mempunyai bulu mata yang panjang ini, ia menunjukkan bahawa tuan badan yang sihat dan mempunyai keindahannya yang tersendiri.

Rekod Bulu Mata Terpanjang Di Dunia

Menurutnya lagi, tidak ada sebarang teknik khas untuk menjaga bulu mata yang panjang. Ianya cukup sekadar hanya dengan membersihkannya apabila mencuci muka setiap hari.

Pemilik bulu mata yang panjang itu menekankan bahawa bulu mata itu adalah sebahagian daripada badannya, jadi You Jianxia tidak akan pernah merasakan bahawa ianya menyusahkan.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kakinetwork.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here