Sumpahan firaun merupakan satu dakwaan yang dipercayai akan terkena sesiapa yang menganggu mumia Mesir Purba terutamanya firaun. Sumpahan ini yang tidak membezakan penjarah kubur mahupun arkeologis, didakwa akan menyebabkan nasib malang, sakit bahkan kematian.

Sejak dari pertengah kurun ke-20, ramai penulis dan ahli dokumentari yang meragui akan kewujudan sumpahan ini dan menyatakan segala yang berlaku mempunyai penjelasan saintifik seperti kehadiran bakteria atau kesan radiasi. Walaubagaimanapun, asal usul cerita sumpahan mumia Mesir ini kebanyakkannya datang daripada Eropah.

Terdapat beberapa perkara yang menyatakan wujudnya sumpahan purba melalui lukisan hiroglaf yang terdapat di makam-makam, seperti contoh pada keranda Khentika Ikhekhi dari Dinasti ke-enam di Saqqara.

Ia menggambarkan sumpahan ini ditujukukan oleh ahli agama mesir purba lebih kepada untuk melindungi makam dan menjaga kesuciannya dari sebagai amaran kepada para perompak.

Ada beberapa cerita berkenaan sumpahan ini sejak dari kurun ke-19, namun ianya berganda selepas Howard Carter menjumpai makam Tutankhamun. Meskipun disalahanggao, sebenarnya tiada sumpahan yang ditemui tertulis pada makam Firaun.

Bukti berkenaan sumpahan menunjukkan berkenaan dengan Firaun Tutankhamun dianggap sedikit dan Donald B. Redford menganggapnya sekadar bukan satu ancaman.

Sumpahan berkaitan dengan makam adalah sangat jarang, ianya disebabkan idea pada zaman mesir purba bahawa penjarahan makam pada masa dulu dianggap tidak akan berlaku bahkan berbahaya untuk direkodkan dalam tulisan. Sumpahan ini hanya muncul pada makam-makam persendirian pada zaman Kerajaan Tua.

Pada makam Ankhtifi (Dinasti 9 je 10) mengandungi amaran: “mana-mana pemerintah yang berbuat jahat atau merosakkan keranda ini… semoga Hemen (dewa tempatan) tidak menerima persembahan yang mereka korbankan, dan keturunannya juga begitu”. Makam Khentika Ikhekhi (Dinasti 9 ke 10) mengandungi inskripsi: “Kepada semua orang yang memasuki makam saya, hati tidak suci… akan ada pembalasan… Saya akan patahkan lehernya seperti burung… Saya akan menanamkan rasa takut pada dirinya”.

Selepas zaman Kerajaan Tua, sumpahan seperti ini agak kurang, kadang-kala menyeru kepada kemarahan Dewa Thoth atau pembalasan oleh Sekhemet. Zahi Hawass menyatakan contoh sumpahan: “Celakalah pada sesiapa yang mengganggu rehat Firaun. Mereka yang membongkar makam ini akan menemui mati dengan sakit yang tiada tabib dapat ubati.”

Hiroglafi tidak dapat diterjemahkan sehinggalah awal kurun ke-19 oleh Jean-Fran├žois Champollion, justeru itu laporan berkenaan sumpahan pada masa itu hanyalah sekadar menerima nasib malang apabila mengendalikan mumia atau apa-apa artifak dari makam firaun.

Pada 1699, Louis Penicher menulis dalam satu laporan bahawa seorang pengembara Poland yang membeli dua mumia di Alexandria dan melalui jalan laut dengan mumia tersebut diletakkan di tempat kargo.

Pengembara tersebut and embarked on a sea journey with the mummies in the cargo hold. Pengembara tersebut kemudian diganggu dengan dua bayangan hantu dan tiba-tiba ribut membadai laut sehinggalah mumia tersebut dibuang ke laut.

Zahi Hawass pula ada menceritakan bahawa terdapat seorang arkeologis muda yang menggali di Kom Abu Billo dan beliau telah menghantar beberapa artifak dari tapak Greco-Roman.

Sepupunya mati pada hari berkenaan, pakciknya mati pada ulang tahun pertama penemuan tersebut dan pada ulangtahun ketiga makciknya pula meninggal dunia.

Bertahun-tahun kemudian, apabila beliau menggali kubur para pembina piramid Giza, beliau menjumpai ayat sumpahan : “Semua orang yang ingin berbuat jahat dan memusnahkan makam ini, semoga dia akan di makan buaya di dalam air, dan dimakan ular di darat. Semoga badak menyerangnya di air, dan kalajengking menyerangnya di darat”.

Walaupun tidak mempercayai perkara khurafat, namun beliau memutuskan untuk tidak mengganggu mumia berkenaan. Walaubagaimanapun, beliau kemudian terlibat dalam mengeluarkan dua mumia kanak-kanak dari Oasis Bahariya ke muzium dan melaporkan bahawa beliau telah dihantui oleh kanak-kanak dalam mimpinya.

Fenomena itu tidak berhenti sehinggalah mumia bapa kepada kanak-kanak tersebut ‘disatukan’ dengan mumia kanak-kanak terbabit dalam muzium. Beliau membuat keputusan bahawa mumia tidak sepatutnya dipamerkan, mengganggap ia akan membawa mudarat kepada orang awam yang datang melawat.

Profesor Hawass juga merekodkan terdapat insiden bahawa seorang budak sakit yang sangat menyukai sejarah Mesir Purba dan ‘sembuh’ apabila melihat mata mumia Firaun Ahmose I.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kakinetwork.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here