Erika La Tour Eiffel seorang bekas askar wanita yang tinggal di San Francisco mempunyai nafsu pelik dan telah jatuh cinta pandang pertama dengan sesuatu objek dan sudah pasti ianya bukan manusia.

Cinta pertamanya adalah busur serta panah yang menjadikannya seorang pemanah bertaraf dunia. Kemudian, wanita bernafsu pelik ini jatuh cinta pula dengan Tembok Berlin sehinggakan ada yang mendakwa dia mempunyai hubungan fizikal dengan sekeping pagar tembok yang disimpan dalam bilik tidurnya.

Sehingga satu hari, Erika jatuh cinta pula dengan Menara Eiffel yang terletak di Paris sehinggakan wanita ini mengumumkan tentang majlis perkahwinan dirinya dengan Menara Eiffel. Majlis tersebut turut dihadiri oleh sahabat-sahabatnya.

Selepas berkahwin dengan Menara Eiffel, Erika telah memohon untuk mengubah namanya kepada Erika La Tour Eiffel dan permohonannya itu telah diluluskan. Pertukaran namanya itu adalah untuk mencerminkan ikatan suami isteri.

Wanita Kahwin Dengan Menara Eiffel

Apa sebenarnya yang difikirkan oleh Erika? Jika anda hendak tahu, inilah Sindrom Asperger yang mana merupakan kecacatan spektrum austisma yang disifatkan melalui kesukaran pesakit dalam interaksi sosial bersama dengan tingkah laku yang berulang-ulang dan terhad. Sindrom ini berbeza daripada spektrum autisma yang lain melalui perkembangan linguistik dan kognitif.

Wanita Kahwin Dengan Menara Eiffel

Istilah sindrom ini pertama kali ditujukan kepada Eija-Riitta Berliner-Mauer yang merupakan seorang wanita berusia 54 tahun dan wanita itu telah berkahwin dengan Tembok Berlin selama 29 tahun sehingga meninggal dunia.

Wanita Kahwin Dengan Menara Eiffel

Berbalik kepada Erika, setiap kali sebelum kembali ke Paris untuk ulang tahun perkahwinannya, wanita ini akan melawat Tembok Berlin sebagai menunjukkan tanda kasih sayangnya yang menjadikan tembok tersebut sebagai simbol penindasan pada satu ketika dahulu.

Apa yang terjadi dalam hidupnya sehingga terjadi seperti ini adalah dengan menyalahkan keadaan hidupnya sendiri. Erika mendakwa pernah dicabul oleh abang kandungnya sendiri dan ditinggalkan oleh kedua ibu bapanya.

Wanita pelik ini telah berkahwin dengan Menara Eiffel pada tarikh 4 Jun 2007 dan dikatakan hubungan mereka sebagai suami isteri masih berkekalan sehingga ke hari ini. Bagaimana wanita ini berasmara dengan Menara Eiffel? Tonton video diatas untuk jawapan dari tuan badan.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kakinetwork.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here