Seorang wanita dari Uganda yang berusia berusia 36 tahun telah mencetuskan kontroversi dunia dengan berkahwin dengan tiga orang lelaki sekaligus selepas perkahwinan pertamanya berakhir dengan penceraian.

Ironinya, wanita yang bernama Ann Grace Aguti ini adalah merupakan anak perempuan kepada pastor kristian (pemimpin di gereja) untuk masyarakat Teso di Uganda.

Perlakuan Ann Grace Aguti jelas bertentangan dengan ajaran agamanya walaupun mendapat tentangan daripada ramai pihak sebelum memutuskan untuk berkahwin dengan tiga orang lelaki.

Namun begitu, Ann Grace Aguti tetap mempertahankan pilihannya untuk berkahwin dengan tiga orang lelaki dengan alasan kecewa dengan perkahwinannya yang lalu menemui kegagalan.

Wanita Yang Berkahwin Dengan 3 Lelaki

Menurut Ann Grace Aguti, beliau inginkan suami yang lemah lembut dan penyayang serta dapat memberikan segala keperluan beliau sebagai suri rumah sepenuh masa.

Bekas suami Ann Grace Aguti dikatakan tidak berguna dan langsung tidak memberi nafkah kewangan untuk menyara keluarga. Segala beban diletakkan kepada Ann Grace Aguti sepenuhnya.

Ann Grace Aguti mengambil keputusan untuk meninggalkan suaminya itu dan kemudian mencari suami baru sebagai peneman hidup. Bapa wanita ini iaitu Pastor Peter Ogwang mendakwa bahawa sebelum anak perempuannya berkahwin dengan tiga lelaki, telah berlaku beberapa peristiwa yang sama dan wanita tersebut diusir dari kawasan penempatan mereka untuk mengelakkan bala.

Wanita Yang Berkahwin Dengan 3 Lelaki

Kini, bapanya juga turut mengusir anaknya itu serta semua suaminya dari sana namun wanita berusia 36 tahun mengedahkan permintaan orang ramai dan menegaskan bahawa ini adalah pilihan hidupnya.

Tiga suami Aguti yang mana seorang adalah duda yang merupakan pesara polis, seorang lagi adalah sarjana muda kanan dan yang terakhir adalah seorang petani.

Wanita Yang Berkahwin Dengan 3 Lelaki

Mereka satu keluarga tinggal bersama di rumah wanita tersebut dan suami-suaminya dikatakan amat patuh dengan isteri mereka dan menyayanginya. Suami-suami tersebut menganggap isteri mereka adalah ketua keluarga dan membiarkan dia membuat semua keputusan.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi kakinetwork.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here